Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

12 istilah

U

Ukuran kepala jalan buntu
Dimensi kawasan pusingan di hujung jalan buntu. ms 45
Unit kediaman
Satu kediaman berasingan yang digunakan oleh sesebuah isi rumah. Bilangan unit kediaman berbeza daripada bilangan tingkat atau lot. ms 45
Utiliti
Perkhidmatan asas seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan pembetungan. ms 45
UBBL
Uniform Building By-Laws — istilah bahasa Inggeris bagi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. ms 45
UKBS
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam. ms 45
Unit terbuka / Open stall
Gerai yang mempunyai ruang jualan terbuka. ms 45
Unit tertutup / Enclosed stall
Gerai yang mempunyai ruang jualan atau operasi tertutup. ms 46
Unplantable Area
Kawasan tanah yang tidak sesuai untuk penanaman disebabkan keadaan fizikal atau persekitarannya, seperti cerun curam, kawasan berbatu, paya atau badan air. ms 46
Uri
Organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin serta menyingkirkan bahan buangan. ms 46
Ukuran kepala
Ukuran keluasan minimum di bahagian hujung jalan buntu untuk membolehkan kenderaan berpusing atau membuat pusingan U. ms 46
Unit/ekar
Ukuran kepadatan berdasarkan bilangan unit kediaman bagi setiap ekar. ms 47
Unit
Bilangan premis, bilik, bangunan atau komponen yang dinyatakan. ms 48