Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

43 istilah

B

Bahu jalan / Road shoulder
Bahagian di sisi laluan kenderaan yang menyokong fungsi jalan. ms 15
Bandar selamat
Pendekatan perancangan dan reka bentuk yang meningkatkan keselamatan serta membantu mengurangkan peluang jenayah. ms 15
Bilangan tingkat
Jumlah aras lantai dalam sesebuah bangunan. ms 15
Bonggol jalan
Bahagian permukaan jalan yang ditinggikan untuk membantu memperlahankan kenderaan. ms 15
Bulatan pusingan / Roundabout
Dalam konteks jalan buntu, ruang pusingan berbentuk bulatan di penghujung jalan. ms 15
B — Dibenarkan
Kod dalam jadual aktiviti yang menunjukkan sesuatu kegunaan dibenarkan bagi kategori pembangunan berkenaan. ms 15
Badan pengurusan
Pihak yang mentadbir dan menyelenggara pembangunan serta kemudahan bersama. ms 15
Bangunan sesebuah / tunggal
Bangunan yang berdiri secara berasingan dan tidak berkongsi dinding dengan bangunan bersebelahan. ms 15
Bangunan warisan
Bangunan yang mempunyai nilai sejarah, seni bina atau budaya dan memerlukan pertimbangan pemuliharaan. ms 15
Basement
Aras bangunan yang terletak di bawah aras tanah. ms 15
Bazar
Kawasan perniagaan yang menghimpunkan gerai atau premis jualan dalam susunan tertentu. ms 15
Bilik pameran / Showroom
Ruang atau bangunan untuk mempamerkan dan menjual produk serta menyediakan perkhidmatan berkaitan. ms 15
Bilik persalinan
Ruang untuk menukar pakaian, lazimnya berkaitan kemudahan sukan, rekreasi atau acara. ms 15
Bilik rawatan kecemasan
Ruang untuk memberikan bantuan dan rawatan awal ketika kecemasan. ms 15
BPGT
Borang Pengesahan Geologi Tapak, yang dirujuk bagi penilaian kesesuaian dan keselamatan geologi tapak. ms 15
Brownfield
Tapak yang pernah dibangunkan atau digunakan dan berpotensi dibangunkan semula. ms 15
Buggy
Kenderaan kecil untuk membawa pengguna dalam kawasan seperti padang golf, resort atau chalet. ms 15
Bukaan laluan keluar masuk
Lebar ruang akses yang menghubungkan tapak pembangunan dengan jalan. ms 15
Bahu jalan
Bahagian di sisi laluan kenderaan yang menyokong fungsi dan keselamatan jalan. ms 15
Beban dinamik
Beban yang berubah mengikut masa akibat pergerakan, pecutan, brek atau getaran kenderaan dan tren. ms 15
Beban rempuhan / Collision load
Daya hentaman akibat pelanggaran kenderaan yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk struktur. ms 15
Breakdown bay
Ruang hentian khas untuk kenderaan yang rosak atau mengalami kecemasan. ms 16
Bahaya Seismik
Potensi berlakunya gegaran gempa bumi atau fenomena berkaitan yang boleh menjejaskan keselamatan manusia dan struktur. ms 16
Bahan tambakan
Bahan seperti pasir, batu atau tanah yang digunakan untuk membentuk atau meninggikan kawasan daratan. ms 16
Bangunan atas air
Bangunan yang didirikan di atas kawasan perairan, lazimnya menggunakan struktur sokongan seperti tiang. ms 16
Bangunan bebas (free standing)
Bangunan yang berdiri secara berasingan daripada bangunan lain. ms 16
Beach Manhole (BMH)
Lurang pantai yang menjadi tempat sambungan atau peralihan kabel dasar laut kepada kabel daratan. ms 16
Beach nourishment
Kaedah menambah bahan pantai, lazimnya pasir, untuk memulihkan atau mengekalkan pantai. ms 16
Berlabuh
Keadaan kapal berhenti di sesuatu lokasi menggunakan sauh; aktiviti ini boleh menjejaskan kabel dasar laut jika dilakukan pada laluannya. ms 16
Biodiversiti
Kepelbagaian organisma hidup, termasuk spesies, genetik dan ekosistem. ms 16
Breakwater
Struktur pemecah ombak yang mengurangkan tenaga ombak di kawasan yang dilindungi. ms 16
Bukan pantai awam
Kategori pantai yang tidak dikenal pasti sebagai pantai awam dalam ketetapan bab ini; istilah ini tidak dengan sendirinya menentukan hak pemilikan tanah. ms 16
Biodiversiti Akuatik
Kepelbagaian hidupan dan ekosistem dalam persekitaran perairan, termasuk sungai, tasik, paya dan laut ms 16
Banjir Puing / Debris Flow
Aliran deras campuran air, tanah, lumpur dan serpihan batuan yang bergerak menuruni cerun akibat graviti. ms 16
Buffer
Kawasan atau ruang pemisah yang melindungi kawasan sensitif atau mengurangkan kesan daripada aktiviti di sekitarnya ms 16
Berm
Jalur tanah yang hampir mendatar pada cerun atau di kaki cerun untuk meningkatkan kestabilan dan mengawal aliran air permukaan ms 16
Batu Kelikir / Gravel
Batuan kecil yang digunakan dalam kerja pembinaan, saliran dan landskap, termasuk sebagai bahan lapisan asas serta penapis saliran. ms 16
Bilik Pengurusan TAJ
Ruang khusus untuk melaksanakan urusan pentadbiran, penyelarasan dan pengurusan operasi Tadika Agama Johor (TAJ). ms 16
Bilik GPK
Ruang khusus untuk urusan pentadbiran, penyelarasan dan pengurusan hal ehwal sekolah oleh Guru Penolong Kanan (GPK). ms 16
Bilik GKMP
Ruang khusus untuk urusan penyelarasan, perancangan dan pengurusan akademik serta mata pelajaran oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). ms 16
Bilik Mudir
Ruang khusus untuk urusan pentadbiran, pengurusan dan penyelarasan operasi sekolah agama oleh Mudir. ms 16
brownfield
Kawasan yang pernah dibangunkan atau digunakan sebelum ini tetapi kini terbiar, kurang digunakan atau memerlukan pembangunan semula. ms 16
Batu nautika
Unit jarak yang digunakan bagi konteks perairan; 1 batu nautika = 1,852 m. ms 48