Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Glosari · 2026-draf-20261029

Glosari istilah

891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.

47 istilah

H

Hak milik individu
Hak milik berasingan bagi sesuatu lot tanah. ms 21
Hak milik strata
Hak milik berasingan bagi petak dalam sesuatu skim strata. ms 21
Hammerhead
Ruang pusingan di penghujung jalan buntu yang berbentuk kepala tukul atau menyerupai huruf T. ms 21
Harta bersama
Bahagian dalam skim strata yang bukan petak individu atau petak aksesori dan digunakan atau diurus untuk kepentingan bersama. ms 21
Hak milik induk / Main title
Hak milik bagi tanah induk yang menempatkan pembangunan sebelum pembahagian hak milik berkaitan. ms 21
Hak milik strata
Hak milik berasingan bagi petak dalam pembangunan berstrata. ms 21
Hak pejalan kaki
Keperluan mengekalkan ruang laluan yang selamat, bersambung dan bebas halangan untuk pejalan kaki. ms 21
Halfway hut
Pondok persinggahan di padang golf untuk berehat atau mendapatkan makanan dan minuman. ms 21
HDA
Housing Development Act — singkatan bahasa Inggeris bagi Akta Pemajuan Perumahan yang disebut dalam penerangan SOVO/SOFO. ms 21
Hentian rehat dan rawat
Kawasan persinggahan di lebuh raya atau jalan utama yang menyediakan kemudahan rehat, makanan, tandas dan kemudahan lain. ms 22
Hierarki petempatan
Susunan peringkat petempatan berdasarkan saiz, fungsi dan peranan perkhidmatannya. ms 22
Hospital swasta
Institusi perubatan yang dimiliki dan dikendalikan pihak swasta untuk menyediakan rawatan serta kemudahan kesihatan. ms 22
Hotel
Premis penginapan yang menyediakan bilik serta perkhidmatan dan kemudahan sokongan. ms 22
Hotel apartment
Penginapan komersial berkonsep hotel atau resort dalam bentuk unit apartmen yang diurus sendiri atau melalui pengendali. ms 22
Hotel bajet
Penginapan yang menumpukan kemudahan asas pada kos lebih rendah. ms 22
Hotel butik
Penginapan yang menekankan reka bentuk, identiti dan pengalaman khusus. ms 22
Hotel kapsul / pod
Penginapan yang menyediakan ruang tidur individu bersaiz kecil berbentuk kapsul atau pod. ms 22
Hypermarket
Pasar raya besar layan diri yang menjual pelbagai barangan makanan dan bukan makanan; laporan menyatakan ruang lantai niaga sekurang-kurangnya 5,000 m². ms 22
Hak milik ruang
Konsep pemilikan ruang secara berasingan daripada tanah di bawahnya, sebagaimana dihuraikan dalam laporan. Bentuk hak sebenar bergantung pada mekanisme perundangan berkaitan. ms 22
Hak udara
Hak atau kebenaran menggunakan ruang di atas tanah bagi tujuan tertentu, tertakluk kepada kelulusan berkaitan. ms 22
Halangan fizikal
Objek atau struktur nyata seperti bangunan dan jambatan yang mempengaruhi jajaran atau pembinaan. ms 22
Halangan halimun
Istilah laporan bagi kekangan bukan fizikal atau tidak kelihatan, seperti koridor gelombang telekomunikasi dan pertimbangan privasi. ms 22
Had ketinggian
Ketinggian maksimum yang dibenarkan bagi struktur berdasarkan kawalan dan keperluan berkaitan. ms 22
High-containment barrier
Penghadang keselamatan berkeupayaan penahanan tinggi untuk membantu menghalang kenderaan menembusi penghadang atau terjatuh dari struktur. ms 22
Hubungan terus / Direct link
Sambungan antara jejantas, stesen atau bangunan tanpa memerlukan pengguna turun ke aras jalan. ms 22
Hidrogeologi
Cabang geologi yang mengkaji air bawah tanah, termasuk kejadian, pergerakan dan taburannya. ms 22
HV
High Volt ms 22
Habitat marin
Persekitaran semula jadi yang menjadi tempat hidup organisma laut. ms 22
Hakisan pantai
Kehilangan bahan pantai akibat tindakan ombak, arus atau proses lain yang menyebabkan pengunduran pantai. ms 22
Hakisan tahap 3 (kritikal)
Kategori hakisan kritikal yang dirujuk dalam dokumen sebagai kawasan larangan pembangunan bagi ketetapan berkaitan. ms 22
Hidrodinamik
Kajian pergerakan air dan daya yang mempengaruhinya, termasuk ombak, arus dan pasang surut. ms 22
Hidrografi
Pengukuran dan penerangan ciri fizikal perairan, termasuk kedalaman dan bentuk dasar laut. ms 22
Hidroponik
Kaedah penanaman tanpa tanah yang menggunakan larutan nutrien dalam air untuk membekalkan zat kepada tumbuhan. ms 23
Holding yard
Kawasan berpagar untuk menempatkan haiwan ternakan buat sementara waktu sebelum dipindahkan atau diangkut ke lokasi lain ms 23
Hutan paya laut
Kawasan hutan di zon pasang surut persisiran, lazimnya terdiri daripada tumbuhan bakau. ms 23
Human Wildlife Conflict (HWC)
Konflik yang berlaku apabila kehadiran atau tingkah laku hidupan liar mengancam keselamatan penduduk ms 23
HSK
Hutan Simpan Kekal ms 23
Hp
Horsepower ms 23
Hidroseeding
Kaedah menyembur campuran benih rumput, baja, air dan bahan sungkupan pada permukaan tanah atau cerun ms 23
Hose Reel
Peralatan pemadam kebakaran yang terdiri daripada hos bergelung ms 23
Hoop Rail
Struktur besi berbentuk gelung yang digunakan untuk menyandar dan mengunci basikal di kawasan tempat letak basikal ms 23
HPI
Heavy Polluting Industry-- Industri yang menghasilkan pencemaran tinggi dan sisa berbahaya daripada proses operasinya. ms 23
HRI
Industri berisiko tinggi menyebabkan kebakaran, letupan dan pencemaran bahan berbahaya. ms 23
Horizontal Directional Drilling / HDD
Kaedah penggerudian bawah tanah secara mendatar untuk memasang paip atau kabel utiliti tanpa perlu menggali parit terbuka di sepanjang laluan. ms 23
Hektar / ha
Unit keluasan; satu hektar bersamaan 10,000 m². ms 47
H
Ketinggian bangunan dalam formula yang ditunjukkan dalam laporan. ms 48
H
Height — tinggi, dalam dimensi gelanggang. ms 48