Glosari · 2026-draf-20261029
Glosari istilah
891 istilah dan singkatan daripada Draf GPPNJ Edisi 2026 (ms 13–48). Setiap entri memaut ke halaman asal.
51 istilah
A
- A1, A2, A3, B1 dan B2
- Kod subzon yang dibahagikan dalam jadual piawaian untuk digunakan bagi membezakan piawaian pembangunan bagi setiap subzon. Sempadan dan takrifan terperinci hendaklah dirujuk berdasarkan pembahagian zon dalam GPPNJ. ms 13
- Akta 318
- Akta Hakmilik Strata 1985, sebagaimana dirujuk dalam laporan. ms 13
- Akta 172
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, sebagaimana dirujuk dalam contoh permohonan pembangunan bercampur. ms 13
- Akta 586
- Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang dirujuk bagi pembangunan hospital swasta. ms 13
- Akses
- Laluan atau cara untuk memasuki, meninggalkan atau menghubungkan sesuatu tapak dan bangunan. ms 13
- Alat pemadam kebakaran
- Peralatan untuk memadam kebakaran pada peringkat awal. ms 13
- Ameniti
- Kemudahan yang menyokong keselesaan dan keperluan pengguna sesuatu pembangunan. ms 13
- Anchor tenant
- Penyewa utama berskala besar yang menjadi tarikan pengunjung kepada sesebuah kompleks perniagaan. ms 13
- Akses jentera bomba
- Laluan atau ruang yang membolehkan jentera bomba memasuki kawasan pembangunan dan menjalankan operasi. ms 13
- Akuan berkanun
- Pernyataan bertulis yang diikrarkan dan disahkan melalui tatacara yang ditetapkan. ms 13
- Anjakan bangunan
- Jarak antara bangunan dengan sempadan lot, rizab jalan atau garisan rujukan yang ditetapkan. ms 13
- Anjakan antara bangunan
- Jarak pemisahan yang ditetapkan antara dua bangunan. ms 13
- Anjakan pembangunan
- Jarak minimum pembangunan daripada garisan rujukan pantai atau kawasan yang perlu dilindungi. ms 13
- Anjakan bawah tanah / Basement setback
- Jarak struktur bawah tanah daripada sempadan yang ditetapkan. ms 13
- Anjakan belakang
- Jarak antara bahagian belakang bangunan dengan sempadan belakang lot. ms 13
- Anjakan hadapan
- Jarak antara bahagian hadapan bangunan dengan sempadan hadapan lot atau garisan rujukan berkaitan. ms 13
- Anjakan sisi
- Jarak antara bahagian sisi bangunan dengan sempadan sisi lot. ms 13
- Anjakan tepi rizab jalan
- Jarak antara bahagian tepi bangunan dengan sempadan rizab jalan di sebelahnya. ms 13
- Anjakan bawah tanah
- Jarak struktur bawah tanah daripada sempadan yang ditetapkan. ms 13
- Anjakan sisi / tepi
- Jarak bahagian sisi bangunan daripada sempadan sisi lot. ms 13
- Anjakan tambakan
- Jarak pemisahan bagi cadangan penambakan daripada garisan rujukan yang ditetapkan. ms 13
- Anjakan antara podium
- Jarak pemisahan antara struktur podium bagi bangunan bersebelahan. ms 13
- Air larian
- Air yang mengalir di atas permukaan jalan, dek atau landasan sebelum memasuki sistem saliran. ms 13
- Akustik
- Aspek berkaitan bunyi, termasuk penghasilan, perambatan dan kawalannya. ms 14
- Aliran trafik
- Pergerakan kenderaan melalui sesuatu jalan atau laluan. ms 14
- Aliran udara semula jadi
- Pergerakan udara melalui bukaan dan susun atur ruang tanpa bergantung sepenuhnya pada sistem mekanikal. ms 14
- Anjuran bawah tanah
- Unjuran kawasan ke dalam tanah daripada titik atau sempadan rujukan, seperti penapak struktur. ms 14
- Anti-gelincir / Anti-slip
- Sifat bahan permukaan yang membantu mengurangkan risiko pengguna tergelincir. ms 14
- Aras tanah / Vertical Clearance
- Aras permukaan tanah yang digunakan sebagai rujukan pengukuran ketinggian atau kelegaan yang menentukan ketinggian maksimum ruang laluan yang tersedia untuk kenderaan melaluinya. ms 14
- Alas Trek Dwi-blok
- Komponen landasan kereta api yang terdiri daripada dua blok konkrit yang disambungkan oleh palang keluli untuk menyokong rel dan mengekalkan jarak antara rel. ms 14
- Anti-corrosive coating
- Lapisan pelindung pada permukaan bahan untuk menghalang atau mengurangkan kakisan ms 14
- Agensi teknikal
- Jabatan atau badan yang memberikan ulasan, nasihat dan perakuan teknikal terhadap cadangan pembangunan. ms 14
- Arked
- Ruang atau kompleks perniagaan berbumbung yang menempatkan deretan premis atau gerai. ms 14
- Asrama pelajar
- Bangunan penginapan yang disediakan untuk pelajar. ms 14
- Asrama pekerja
- Bangunan penginapan yang disediakan untuk pekerja. ms 14
- ATJ
- Arahan Teknik (Jalan); laporan merujuk ATJ 3/2021 bagi pembangunan tepi jalan. ms 14
- ATM
- Automated Teller Machine — mesin juruwang automatik untuk urusan perbankan. ms 14
- Awning
- Struktur teduhan tambahan seperti sengkuap atau kanopi untuk melindungi ruang daripada panas dan hujan. ms 14
- APMM
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. ms 14
- Arus laut
- Pergerakan air laut yang mempengaruhi pengangkutan sedimen, hakisan dan keadaan perairan. ms 14
- Abseiling
- Aktiviti menuruni permukaan curam atau menegak menggunakan tali dan peralatan keselamatan khusus ms 14
- Average Recurrence Interval
- Purata tempoh antara kejadian hujan atau banjir yang menyamai atau melebihi magnitud tertentu, dinyatakan dalam tahun ms 14
- Akuifer
- Lapisan bawah permukaan bumi yang mampu menyimpan dan membekalkan air bawah tanah. ms 14
- APM
- Angkatan Pertahanan Awam ms 14
- AKAS
- Akta Kualiti Alam Sekeliling ms 14
- Amalan Cut And Fill
- Kaedah kerja tanah dengan memotong kawasan tinggi dan menambak kawasan rendah untuk membentuk aras tanah yang dikehendaki. ms 14
- Aeroponik
- Kaedah penanaman tanpa tanah yang membekalkan nutrien kepada akar tumbuhan melalui semburan kabus larutan nutrien. ms 14
- AI
- Artificial Inteligence ms 14
- Arca
- Hasil seni berbentuk tiga dimensi yang dijadikan elemen hiasan atau mercu tanda bagi meningkatkan nilai estetika sesuatu kawasan. ms 14
- Air Insulated Swichgear
- Peralatan suis elektrik yang menggunakan udara sebagai medium penebat untuk mengawal, melindungi dan mengasingkan litar elektrik. ms 15
- AC
- Arus elektrik yang berubah arah secara berkala dan digunakan dalam sistem pengecasan kenderaan elektrik (EV). ms 15