Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi B1Zon Perbandaran
Bahagian C · 4.0 · C-14 hingga C-17

Zon Keselamatan

Zon khas bagi memastikan pembangunan di kawasan sensitif dilaksanakan secara terkawal dan melindungi infrastruktur kritikal. Rujuk Majlis Keselamatan Negeri (CGSO) sebelum memohon Kebenaran Merancang kepada PBT.

Halaman asal

4.1 Kategori

A

Sasaran Penting (SP)

Pepasangan yang hasil atau perkhidmatannya sangat penting; kemusnahannya merugikan ekonomi, pertahanan atau keselamatan negara. Keutamaan I: tiada pilihan lain. Keutamaan II: sukar diganti.

B

Kawasan Larangan (KL)

Diisytiharkan di bawah seksyen 4, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, dengan sistem kawalan khas terhadap pergerakan dan kelakuan orang.

C

Tempat Larangan (TL)

Diisytiharkan di bawah seksyen 5 akta yang sama, dengan pengawalan dan pengawasan khas bagi menghalang kemasukan orang yang tidak dibenarkan.

D

Sasaran Terdedah

Mana-mana bahagian atau perkara berkaitan SP yang jika rosak akan menjejaskan fungsi SP. Kadangkala terletak di luar kawasan SP.

Sumber: Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

4.2 Syarat pembinaan berhampiran

Rujukan wajib kepada Urusetia Jawatankuasa Pusat Sasaran PentingSemua infrastruktur dan bangunan yang dicadangkan berhampiran SP, KL atau TL dirujuk sebelum kebenaran atau kelulusan diberikan.
Agensi pemberi kebenaran memastikan pematuhanAgensi yang memberi kebenaran pembinaan hendaklah memastikan pemaju mematuhi keputusan dan syarat Urusetia.

Sumber: Arahan Keselamatan Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting Bil. 1 Tahun 2008. Jarak penampan bagi setiap sektor tidak dinyatakan dalam dokumen; ia ditentukan oleh CGSO.

4.3 Sektor yang terlibat dalam KL / TL

Bil.SektorInstalasiTafsiran
1Sektor Pengangkutan
  • Hub/ stesen seperti lapangan terbang, jeti, pelabuhan atau pintu masuk darat/ laut/ udara
  • Laluan yang digunakan oleh KTM, MRT, ETS, ERL dan Monorail
Hub atau stesen pengangkutan merujuk kepada kawasan tumpuan pergerakan seperti lapangan terbang, jeti, pelabuhan, pintu masuk darat/ laut/ udara serta laluan pengangkutan rel seperti KTM, MRT, ETS, ERL dan Monorail.
2Sektor Tenaga Elektrik
  • Stesen-stesen elektrik
  • Stesen janakuasa
  • Pencawang Masuk Utama
Tenaga yang dihasilkan oleh elektrik (DBP edisi keempat).
3Sektor Penyiaran
  • Stesen-stesen televisyen dan radio
  • Jabatan Penyiaran/ RTM
Media penyiaran bertindak sebagai alat apabila media digunakan untuk menyebarkan maklumat.
4Sektor Minyak
  • Pelantar-pelantar minyak
Binaan serta peralatan yang dijadikan sebagai pangkalan tempat operasi menggerudi telaga minyak di laut atau di darat (DBP edisi keempat).
5Sektor Telekomunikasi
  • Ibu sawat
  • Stesen kabel dasar laut
  • Stesen gelombang mikro
  • Stesen radar
Apa-apa perkara yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit (DBP edisi keempat).
6Sektor Pengairan
  • Empangan
  • Kolam tadahan
Mana-mana kawasan daripada mana-mana sumber sesuatu sumber air menerima aliran permukaan yang berasal daripada hujan dan termasuklah mana-mana kawasan tadahan air yang ditentukan.
7Sektor Air
  • Loji rawatan air
Fasiliti utiliti yang menjalankan proses rawatan air mentah bagi menghasilkan air terawat yang memenuhi piawaian kualiti sebelum diagihkan kepada pengguna melalui sistem bekalan air.
8Sektor Kimia
  • Petrokimia
Bahan kimia yang terhasil daripada sumber petroleum dan gas asli (DBP edisi keempat).
9Sektor Gas
  • Pusat operasi penyaluran gas
  • Depoh-depoh penyimpanan gas
Kemudahan utiliti tenaga yang berfungsi untuk menerima, menyimpan, mengawal tekanan dan mengagihkan bekalan gas kepada pengguna melalui sistem paip atau penghantaran berjadual.
10Sektor Persenjataan
  • Tempat-tempat penyimpanan peluru
  • Tempat penyimpanan senjata
Perihal melengkapi dengan senjata/ segala alat dan perlengkapan senjata (DBP edisi keempat).
11Sektor Radiasi
  • Institut penyelidikan nuklear/ kimia
Apa-apa bangunan penyelidikan yang melibatkan sinaran yang tidak dapat dikesan menerusi mata atau percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia.
12Sektor Percetakan
  • Kilang-kilang percetakan wang
  • Kilang percetakan keselamatan
Segala urusan yang berkaitan dengan hal menghasilkan bahan bercetak (DBP edisi keempat).
13Sektor Kewangan
  • Bank-bank di bawah Bank Negara Malaysia
Perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yang berkaitan dengan wang (DBP edisi keempat).
14Pepasangan Keselamatan (KLTL)
  • Fasiliti tentera
  • Fasiliti polis
  • Fasiliti penjara
Kemudahan yang berfungsi untuk tujuan pertahanan, penguatkuasaan undang-undang serta kawalan keselamatan awam seperti kem tentera, balai polis, pusat operasi keselamatan dan institusi penjara. Kawasan ini biasanya mempunyai kawalan akses dan peraturan keselamatan yang ketat.