Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B10 · Alam Sekitar & Risiko Bencana

RB01 Banjir

B10-104

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Reka Bentuk Bangunan
  • Pembangunan yang menggunakan kaedah floodproofing dengan menaikkan aras lantai melebihi aras banjir tanpa menambak tanah sebaliknya menggunakan tiang.
  • Pembangunan sedia ada di kawasan dataran banjir hendaklah dipindah ke tempat yang lebih tinggi dan selamat, atau kaedah floodproofing digunakan seperti dinding tebatan banjir, bahan binaan yang tahan reput dan building codes berdasarkan keperluan tempat berkenaan.
  • Memastikan sebarang struktur yang dibina tidak menghalang laluan air (water channel)
  • Pembangunan berdensiti rendah sahaja Contoh pembangunan dengan menggunakan kaedah floodproofing dengan menaikkan aaras lantai melebihi aras banjir tanpa menambak tanah sebaliknya menggunakan tiang Aras Banjir Sumber: Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Dataran Banjir Contoh pembangunan dengan menggunakan kaedah pengawalan pembangunan melalui pengezonan dengan mengelakkan pembangunan dalam zon saluran dataran banjir Aras Banjir Sumber: Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Dataran Banjir
Penggunaan Teknik Bioretention di Infrastruktur Jalan
Jalan (Median dan Sisi Jalan)
  • Menggunakan reka bentuk linear rain garden melalui penyediaan tanaman landskap dan swale.
Laluan Pejalan Kaki
  • Penyediaan permukaan telap air di kawasan laluan pejalan kaki melalui penggunaan kepelbagaian landskap lembut.
Kawasan Tempat Letak Kenderaan (TLK)
  • Penanaman tumbuh-tumbuhan dan swale di kawasan TLK. Ilustrasi penanaman tumbuhan dan swale di kawasan TLK SEBELUM SELEPAS TLK (Berturap) Bioretention dan Swale Bioretention dan Swale Sumber: Garis Panduan Bandar Berdaya Tahan Bencana di Malaysia
Jalan Mati
  • Kawasan circle islands pada laluan jalan mati
Lorong Belakang Rumah
  • Lorong belakang rumah direka bentuk dengan menggunakan landskap tumbuh-tumbuhan berbanding turapan bertar.
Penggunaan Teknik Bahan Telap Air di Infrastruktur Jalan
  • Turapan yang poros (porous pavements) sangat sesuai diadaptasi di kawasan trafik rendah seperti tempat letak kenderaan dan laluan pejalan kaki
  • Permukaan telap air membenarkan air hujan untuk meresap masuk ke dasar tanah dan merawat pencemaran yang dibawa air
Kawasan yang dicadangkan menggunakan bahan telap air
  • Laluan pejalan kaki
  • Laluan atau lorong belakang rumah
  • Shared driveways
  • Tempat letak kenderaan
  • Kemudahan lintasan pejalan kaki
  • Bahu jalan
  • Lorong kecemasan
  • Sistem pengurusan lalu lintas yang menggunakan konsep traffic calming seperti penggunaan turapan berbeza daripada tar untuk mengurangkan kelajuan kenderaan, bulatkan (roundabout) dan kawasan untuk mengecilkan saiz jalan;
  • Jalan dengan jumlah trafik rendah
  • Reka bentuk jalan yang tradisional (bentuk grid) dielakkan untuk mengurangkan panjang jalan, anjakan belakang dan depan rumah. Contoh Turapan Telap Air Sumber: Garis Panduan Bandar Berdaya Tahan Bencana di Malaysia
Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti di Kawasan Berisiko Banjir
  • Kemudahan infrastruktur dan utiliti perlu ditempatkan di kawasan yang selamat, berkedudukan tinggi dan bebas banjir serta memenuhi kriteria reka bentuk ARI 100 tahun bagi memastikan operasi tidak terganggu semasa kejadian banjir. Antara kemudahan yang terlibat adalah:
  • Bekalan elektrik: PMU, PPU dan PE
  • Bekalan air: Loji rawatan air (LRA), tangki simpanan dan rumah pam
  • Pengurusan sisa: Tapak pelupusan dan loji rawatan kumbahan berpusat
  • Telekomunikasi: Pencawang telekomunikasi dan rangkaian teknologi maklumat (ICT) Illustrasi Kedudukan Aset Sumber Telekomunikasi dan Siber di Kawasan Tinggi dengan Aras Banjir Aras Banjir Aset Infrastruktur Kritikal (100 Tahun ARI) Platform Aset Infrastruktur & Utiliti Sumber: Garis Panduan Bandar Berdaya Tahan Bencana di Malaysia
Pendekatan Mitigasi Bersepadu di Kawasan Melebihi ARI 100
Mitigasi Berstruktur
  • Melalui penyediaan dan penaiktarafan infrastruktur kawalan banjir bagi meningkatkan keupayaan tampungan dan pengaliran air larian permukaan. Antara komponen utama adalah:
  • Pembinaan kolam tadahan (retention pond) dan kolam tahan kering (dry pond).
  • Penyediaan lagoon sebagai takungan air berskala besar.
  • Pembinaan tembok penahan banjir (flood wall) di kawasan berisiko.
  • Pelaksanaan lencongan saliran (diversion channel).
  • Pemasangan perangkap sampah (trash trap).
Mitigasi Tidak Berstruktur
  • Diberi penekanan bagi memastikan pengurusan banjir yang mampan dan berkesan:
  • Penyelenggaraan berkala sistem saliran.
  • Kawalan pembangunan di kawasan berisiko.
  • Pelaksanaan sistem On-Site Detention (OSD).
  • Pemantauan dan pengurusan sistem saliran secara bersepadu.
Syarat – syarat Umum Kesesuaian Pembangunan di Dataran Banjir dan Kawasan Sekitar Dataran Banjir
  • Pembangunan tidak dibenarkan kecuali pembangunan tersebut mempunyai kepentingan tinggi atau memenuhi syarat berikut:
  • Pembinaan/pembangunan di atas tanah yang telah dibangunkan serta dilindungi oleh flood defence.
  • Kawasan yang mudah terdedah kepada banjir tidak dibenarkan.
  • Perubahan guna tanah di kawasan luar bandar yang tidak mendatangkan impak risiko banjir.
  • Pembangunan yang penting seperti utiliti dan kemudahan infrastruktur yang perlu dibina di kawasan tersebut.
  • Guna tanah seperti sukan dan rekreasi, kawasan lapang serta aktiviti pemeliharaan kawasan semula jadi yang tidak akan mendatangkan impak risiko banjir.
  • Aktiviti perlombongan serta kemudahan lain yang diperlukan dalam kegiatan perlombongan tersebut dan tidak meningkatkan risiko banjir.
  • Kegunaan kawasan untuk tujuan sementara seperti karavan ataupun tapak perkhemahan yang tidak meningkatkan risiko banjir
Jenis Pembangunan yang Mempunyai Keterdedahan dan Kerapuhan Mengikut Tahap Risiko Bencana Banjir
  • Pembangunan di sebuah kawasan risiko banjir perlu menitikberatkan tentang tahap keterdedahan pembangunan kepada bencana. Keterdedahan kawasan risiko bencana yang rendah dan sederhana sahaja akan dibenarkan untuk membuat pembangunan supaya kesan bencana dapat dikurangkan dan dielakkan. Tahap Risiko Ciri - ciri Jenis Pembangunan atau Guna Tanah Banjir
  • Kemudahan pengangkutan (termasuk laluan perpindahan kecemasan) yang perlu melalui kawasan berisiko, Infrastruktur kemudahan utiliti yang strategik, penting Tahap 1 termasuk stesen jana kuasa elektrik, grid (Tahap dan pencawang elektrik Risiko • Tertakluk kepada zon RT. Rendah) • Balai polis, balai bomba dan hospital
  • Emergency dispersal point seperti Kerapuhan sekolah, dewan dan sebagainya; tinggi
  • Aras bawah tanah bangunan
  • Tertakluk kepada zoning RT.
  • Institusi perkhidmatan penduduk seperti pusat kegiatan penduduk, pusat penjagaan kanak-kanak, penjara dan asrama
  • Bangunan untuk kediaman, dewan, Kerapuhan restoran dan hotel sederhana • Bangunan untuk kegunaan perkhidmatan kesihatan, sekolah dan tadika Tahap 2
  • Tapak pelupusan sisa pepejal (Tahap
  • Kawasan untuk rekreasi seperti tapak Risiko perkhemahan (tertakluk kepada Sederhana
  • Bangunan untuk kegunaan seperti kedai, perkhidmatan pakar dan seumpamanya, kedai makan, pejabat, Kerapuhan industri umum, stor penyimpanan dan Rendah pengagihan, tempat perhimpunan serta institusi bukan kediaman yang tidak disenaraikan dalam kategori kerentanan tinggi.
Tahap Risiko Banjir
  • Tahap 3 (Tahap Risiko Tinggi)
  • Tahap 3 (Tahap Risiko Tinggi)
Ciri-ciri
  • Kawasan pembangunan Baru
  • Pembangunan yang water – compatible
  • Pembangunan yang water – compatible
  • Kawasan Pembangunan Baru
Jenis Pembangunan atau Guna Tanah
  • Mematuhi zon dan kawalan pembangunan rancangan tempatan
  • Aras platform 100 tahun ARI
  • Bahan binaan kalis air/struktur pembinaan tahan banjir
  • Pembinaan Pusat MOP.
  • Infrastruktur kawalan banjir
  • Stesen pengepam, kemudahan
  • Penyaluran air dan kemudahan pembetungan
  • Pelabuhan, tanjung, jeti
  • Tempat membaiki kapal, memproses ikan serta lain-lain bangunan di tepi laut
  • Stesen penyelamat tepi pantai
  • Kawasan rekreasi, hutan rekreasi,
  • Kemudahan sukan luaran dan tandas
  • Kemudahan untuk menampung keperluan kakitangan seperti bilik rehat (tertakluk kepada rancangan perpindahan tertentu)
  • Mematuhi zon dan kawalan pembangunan rancangan tempatan
  • Aras platform 100 tahun ARI
  • Bahan binaan kalis air/struktur pembinaan tahan banjir
  • Tidak menggalakkan pembangunan aset utiliti utama, kemudahan institusi, masyarakat serta bangunan kerajaan.