Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B10 · Alam Sekitar & Risiko Bencana

RB02 Tanah Runtuh

B10-110

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Zon Penampan
  • Zon penampan ditentukan berdasarkan
  • Ciri-ciri cerun
  • Struktur tanah yang tertakluk kepada penilaian geoteknikal serta kriteria kawasan bercerun dan tanah tinggi.
Zon Penampan
Kawasan Bercerun
  • Jarak zon penampan dikira dari garisan bangunan dengan kawasan bercerun bagi pembangunan di atas plato
Cerun/ Tanah Tinggi
  • Jarak zon penampan dikira dari ketinggian cerun/tanah tinggi bagi pembangunan bersempadan dengan cerun/tanah tinggi
Anjakan Bangunan
Struktur Berhampiran Kaki Bukit dan Rabung
Keratan rentas A
  • Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70°) di mana tidak ada sebarang langkah kejuruteraan untuk memperbaikinya diambil untuk menstabilkan cerun itu atau menebat kesan-kesan gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda ketinggian cerun.
Keratan rentas B
  • Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang dipotong atau cerun semula jadi yang menegak atau hampir menegak (melebihi 70°) di mana terdapat langkah kejuruteraan bagi penstabilan cerun dijalankan hendaklah tidak terletak di dalam zon sekurang-kurangnya sekali (1) ganda ketinggian cerun itu.
Pembangunan di atas Puncak Bukit
  • Pembangunan hanya sesuai untuk aktiviti eko pelancongan dan rekreasi yang tidak melibatkan kerja tanah berkaitan. Sekiranya pembangunan di bahagian puncak bukit dilaksanakan ia akan menganggu keseimbangan ekologi dan kesensitifan alam sekitar serta memberi impak kepada pembangunan di kawasan bawah dan sekitarnya (keselamatan, kestabilan cerun, pencemaran dan sebagainya).