Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B10 · Alam Sekitar & Risiko Bencana

AS04-10 Hutan Simpan Kekal

B10-95

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Garis Panduan Umum
Kelas dan Fungsi
Hutan Perlindungan
  • Kawasan sumber air, mengurangkan kerosakan disebabkan banjir, hakisan sungai dan tanah-tanah pertanian.
Hutan Berhasil/ Pengeluaran
  • Kawasan pengeluaran bagi semua bentuk keluaran hutan, yang dihasilkan secara ekonomik bagi memenuhi kehendak domestik dan pengeksportan.
Hutan Lipur
  • Kawasan rekreasi ekopelancongan yang menggalakkan pengetahuan awam mengenai kepentingan kawasan hutan.
Hutan Penyelidikan dan Pendidikan
  • Kawasan kajian, penyelidikan, pendidikan serta pemeliharaan kepelbagaian hayat.
Hutan Simpan Kekal
  • Kawasan yang dikenal pasti mestilah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan tidak boleh dinyahwartakan.
  • Zon-zon khas ditentukan untuk mengurangkan percanggahan penggunaan tanah.
  • Kawasan hidupan liar yang mempunyai jaringan koridor yang berkesinambungan perlu dikekalkan.
  • Kerja-kerja awam untuk infrastruktur aktiviti ekopelancongan hendaklah terhad kepada spesifikasi yang ditetapkan dalam panduan Forest Recreation Facilities.
Zon Penampan
  • Sekurang-kurangnya 500m daripada luar sempadan kawasan perlindungan hidupan liar; dan memastikan kawasan penampan dan riparian (penampan semula jadi) diwujudkan, ditanda dan dipelihara supaya proses pemendapan dan pemeliharaan nutrien tanah terkawal.
  • Sebarang pembalakan tidak dibenarkan di kawasan tanah tinggi yang >1,000m dari atas paras laut atau mempunyai kecerunan melebihi 40°.

Nota: Nota : Perlu dirujuk bersama GPP Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Hutan Simpanan Kekal, Semenanjung Malaysia

Garis Panduan Khusus
Hutan Simpan Kekal
Hutan Ericaceous – Gunung (>1500m)
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1

Nota: Nota (Tahap kesensitifan):

Nota: * KSAS Tahap 1 : Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan Pendidikan

Nota: * KSAS Tahap 2 : Tiada pembangunan atau pertanian dibenarkan. Pembalakan secara mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat

Nota: * KSAS Tahap 3 : Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.

Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Ekopelancongan
  • Tadahan air.
  • Hidupan liar.
  • Penyelidikan dan Pendidikan.
  • Penempatan orang asli tidak dibenarkan melainkan yang sedia ada.
Syarat
  • Sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Tiada sebarang aktiviti dibenarkan kecuali aktiviti yang dibenarkan dengan syarat.
Catatan
  • Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan.
  • Kerja-kerja awam untuk infrastruktur aktiviti ekopelancongan hendaklah terhad kepada spesifikasi yang ditetapkan dalam panduan Forest Recreation Facilities – A Guide dan juga Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
  • Rujuk GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi, KPKT (2009).
Hutan Montane – Oak (1200m - 1500m)
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 1 dan tahap 2
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Ekopelancongan
  • Tadahan air.
  • Hidupan liar.
  • Penyelidikan dan Pendidikan.
  • Penempatan orang asli tidak dibenarkan melainkan yang sedia ada.
Syarat
  • Sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Tiada sebarang aktiviti dibenarkan kecuali aktiviti yang dibenarkan dengan syarat.
Catatan
  • Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan.
  • Kerja-kerja awam untuk infrastruktur aktiviti ekopelancongan hendaklah terhad kepada spesifikasi yang ditetapkan dalam panduan Forest Recreation Facilities – A Guide dan juga Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
  • Rujuk GP Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi, KPKT (2009).
Hutan Dipterocarp Bukit (300m - 750m)
Tahap Kesensitifan
  • Tahap 3
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Ekopelancongan
  • Hidupan liar.
  • Penyelidikan dan pendidikan.
  • Penempatan orang asli tidak dibenarkan melainkan yang sedia ada.
  • Perlindungan.
  • Perikanan.
  • Pencerapan flora dan fauna
Syarat
  • Sepertimana yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembuangan sampah.
  • Pelepasan kumbahan.
  • Industri.
  • Perumahan
Catatan
  • Tiada penukaran penggunaan tanah selain perhutanan.
  • Menyediakan zon penampan (buffer strips) 50m ke arah laut dan di sepanjang badan air (lebar di antara 5 - 50m bergantung kepada lebar laluan air).
  • Tiada pembalakan dibenarkan di kawasan berkecerunan >40° atau zon penampan.
  • Jalan hutan hanya boleh dibina dengan sekurang-kurangnya 20m jarak dari kawasan aliran air tetap dan berpandukan “Spesifikasi Jalan-jalan Hutan untuk Semenanjung Malaysia” oleh Jabatan Perhutanan.
  • Pembinaan jalan <4m lebar dengan kepadatan <40m/ha. (minimum road density).
  • Tidak dibenarkan membina jalan dicerun yang>25%
  • Mengekalkan tumbuhan semula jadi di kawasan penampan sepanjang sungai (lebar 50m) dan juga di kawasan yang tidak sesuai untuk kegunaan yang ditentukan.
  • Pengekalan garis hutan di sempadan kawasan lapangan hutan
  • Semua jenis pembangunan mestilah terletak 60m dari garis kawasan hutan
  • Hutan hendaklah mengekalkan tumbuhan semula jadi di zon penampan dalam lingkungan 30m dari paras air pasang/tinggi
  • Lebar laluan pejalan kaki hanya 1-2 m sahaja dibenarkan
  • Hanya bot-bot kecil boleh digunakan untuk membawa pelancong (<5 kuasa kuda)
Hutan Dipterocarp Pamah (<300m) - Hutan Paya Gambut (<300m) - Hutan Paya Laut (<300m)
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Tadahan air
  • Hidupan liar
  • Penyelidikan dan pendidikan
  • Penempatan orang asli tidak dibenarkan melainkan yang sedia ada
  • Perlindungan
  • Perikanan
  • Pencerapan flora dan fauna
Syarat
  • -
Catatan
  • Pembuangan sampah
  • Pelepasan kumbahan
  • Industri
  • Perumahan
  • Pemusnahan hutan bakau