Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B9 · Pengangkutan, Infrastruktur & Utiliti

PU03-1 Peletakan Pencawang Elektrik dan Talian Rentis

B9-62

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Jenis Pencawang
Pencawang Masuk Utama
  • Air Insulated Swichgear (AIS)
  • PMU 132/33/11kV : 130m x 130m
  • PMU 2132/33/11kV (dengan kapasitor) : 160m x 150m
  • Gas Insulated Swichgear (GIS)
  • PMU 132/33/11kV : 60m x 80m
  • PMU 132/33/11kV (dengan kapasitor) : 140m x 75m
Pencawang Pembahagi Utama
  • PPU 33/22/11kV : 46m x 46m
Stesen Suis Utama
  • SSU 33kV : 30m x 30m
Pencawang Elektrik
  • Single Chamber : 7.600m x 5.700m (Saiz Bangunan)
  • Double Chamber : 10.600m x 5.700m (Saiz Bangunan)
  • Compact Substation : 7.000m x 4.000m
Syarat
  • Jarak dari sempadan lot 40’
  • Zon penampan 20’ Jalan Utama / 10’ jalan belakang
  • Tidak bersebelahan dengan utiliti yang lain (jarak minimum 100m)
  • Tidak digalakkan dibina di kawasan lapang dan perlu dibezakan dengan laluan 3.048m (10’)
  • Berhampiran dengan jalan utama
  • Tidak digalakan berada di dalam bangunan berkependudukan
  • Sebarang Perubahan saiz tertaluk kepada pihak TNB
Talian Rentis
Pembinaan Jalan Dalam Rizab Rentis TNB
  • Anjakan antara bahu jalan dari kaki menara tidak kurang daripada 30.480m atau 100’
Pembangunan Kawasan Perindustrian dan Perumahan
  • Cadangan Jalan dan laluan paip tidak dibenarkan di dalam lingkungan 30.480m atau 100’ dari mana-mana kaki menara elektrik (Pylon)
Syarat
  • Jalan dan apa jenis pembangunan tidak dibenarkan berada di kawasan rentis voltan tinggi.
  • Penambahan atau pelebaran jalan tidak dibenarkan di bawah talian rentis
  • Jalan hanya dibenarkan melintas rentis dengan sudut tidak kurang 45˚ - 90˚ di antara jalan dengan talian.
Pembangunan yang berskala besar memerlukan bekalan 132kV / 275kV
Keperluan Perancangan
  • Pihak pemaju/ perancangan pembangunan berskala besar perlu memperuntukan tanah untuk laluan talian penghantaran (talian rentis) 132kV/275kV daripada punca bekalan ke kawasan pembangunan.
Syarat
  • Bangunan kekal atau sementara tidak dibenarkan dalam kawasan rentis TNB
  • Kenderaan tidak dibenarkan diletakkan di bawah kawasan rentis TNB
  • Kerja-kerja mengali, menambak, mengambil dan mengerjakan tanah tidak dibenarkan.
  • Sebarang papan tanda keterangan jalan tidak didirikan di dalam kawasan rentis.
  • Penanda paip mestilah ditanam di sepanjang laluan paip sekurang-kurangnya 15.240m (50’) antara satu sama lain.
  • Anjakan Jalan 15.240m(50’)
Pembangunan Solar Pada Bangunan
Keperluan Perancangan
  • Bagi Pembangunan Solar bagi kegunaan persendiriaan (Self Consumption, SELCO) perletakan solar panel perlu melihat struktur bumbung bangunan. ( kukuh menampung bebanan > 15-25kg/m² panel solar)
  • Peruntukan ruang sambungan (interconnection point) bagi sistem solar ke grid TNB hendaklah dikenal pasti sejak peringkat perancangan.
  • Permohonan pemasangan panel solar pada bangunan perlu merujuk Garis Panduan Keselamatan Kebakaran Bagi Pemasangan Sistem Solar Fotovoltaik di Atas Bumbung yang disediakan oleh Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia
Syarat
  • Laluan kabel solar hendaklah dilindungi dan tidak mengganggu laluan utiliti lain.
  • Sistem solar hendaklah dilengkapi dengan pemutus arus, sistem perlindungan lonjakan (surge protection) dan suis kecemasan.
  • Pemasangan solar panel tidak dibenarkan bagi bangunan warisan.
  • Reka bentuk dan peletakan panel solar hendaklah mengambil kira kekuatan serta arah angin, serta dilengkapi dengan lapisan kalis air yang sesuai semasa pemasangan bagi memastikan kestabilan dan ketahanan struktur.
Catatan
  • Sebarang perubahan saiz, bilangan yang perlu disediakan dan perletakan adalah tertakluk kepada TNB
  • Keluasan tapak pencawang perlu mengambil kira garisan bangunan anjak undur bangunan dan jarak dari sempadan lot.
  • Semua pencawang dan struktur berkaitan hendaklah mudah diakses oleh kenderaan penyelenggaraan TNB sepanjang masa.
  • Perletakan pencawang tidak dibenarkan di kawasan berisiko banjir, atau hendaklah direka dengan aras pelindung banjir yang sesuai.
  • Pagar keselamatan hendaklah disediakan di sekeliling pencawang dengan ketinggian minimum 2.400m (8’), lengkap dengan papan tanda amaran.
Catatan
Julat Kehendak Maksimum (M.D.) Pengguna
Sehingga 12 kVA
Voltan Bekalan
  • 230V (1-Fasa)
Skim Bekalan Minimum
  • Talian atas atau bawah tanah dari rangkaian LV sedia ada.
>12kVA hingga 100kVA
Voltan Bekalan
  • 400V (3-Fasa)
Skim Bekalan Minimum
  • Talian atas atau bawah tanah dari rangkaian LV sedia ada (tertakluk kepada kajian sistem).
>100kVA hingga 350kVA
Voltan Bekalan
  • 400V (3-Fasa)
Skim Bekalan Minimum
  • Perkhidmatan kabel bawah tanah dari feeder pillar atau pencawang baru/sedia ada.
>350kVA hingga 1,000kVA
Voltan Bekalan
  • 400V (3-Fasa)
Skim Bekalan Minimum
  • Kabel bawah tanah terus dari pencawang elektrik (PE) baru.
1,000kVA hingga <5,000kVA
Voltan Bekalan
  • 11kV
Skim Bekalan Minimum
  • Bekalan terus melalui Stesyen Suis Utama (SSU) 11kV.
5,000kVA hingga 25,000kVA
Voltan Bekalan
  • 33kV
Skim Bekalan Minimum
  • Bekalan terus melalui SSU 33kV (Mungkin memerlukan tanah untuk PPU/PMU tambahan).
25,000kVA ke atas
Voltan Bekalan
  • 132kV / 275kV
Skim Bekalan Minimum
  • Bekalan terus melalui pencawang 132kV atau 275kV.
Keperluan Pencawang Bagi Pembangunan Tunggal
  • Sekiranya pembangunan anda melibatkan lebih daripada satu pengguna (seperti taman perumahan atau blok komersial), keperluan pencawang adalah seperti berikut:
  • M.D. sehingga 350kVA: Pencawang 11/0.4kV baru mungkin diperlukan berdasarkan kajian keupayaan sistem TNB.
  • M.D. >350kVA hingga <1,000kVA: Wajib menyediakan satu pencawang 11/0.4kV baru.
  • M.D. 1,000kVA hingga <5,000kVA: Pencawang 11/0.4kV dan/atau pencawang 11kV diperlukan. PPU baru mungkin diperlukan bergantung kepada kajian sistem.
  • M.D. 5,000kVA hingga 25,000kVA: Pencawang 11kV/33kV atau PPU diperlukan. PMU baru mungkin diperlukan mengikut kajian sistem