| Lokasi Perletakan Dibenarkan |
Pembangunan Sedia Ada
- AC (≤ 22 kW): Luar bangunan, aras bumbung terbuka/unenclosed, dan semua aras dalam bangunan termasuk bawah tanah .
- DC (> 22 kW): Luar bangunan, aras bumbung terbuka/unenclosed. Dalam bangunan terhad di aras tanah, aras 1-4, dan aras bawah tanah (Basement 1-3).
Pembangunan Baru
- Peraturan lokasi adalah sama seperti Pembangunan Sedia Ada.
|
| Bilangan Petak (Keperluan Minimum) |
Pembangunan Sedia Ada
- Penyediaan EVCB bagi kategori ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan
- TLK yang dijadikan EVCB tidak perlu diganti dengan TLK baharu.
Pembangunan Baru
- Perumahan Bertanah tertakluk sepenuhnya kepada permintaan.
- Strata Berbilang Tingkat & Komersial/Institusi: Minimum 2% EVCB dari jumlah keseluruhan TLK (di TLK pelawat/persendirian) .
- Digalakkan minimum 1 EVCB guna sama OBK dan 1 EVCB motosikal elektrik.
|
| Dimensi Saiz Petak |
Pembangunan Sedia Ada
- Mengikut saiz TLK sedia ada di tapak
Pembangunan Baru
- Standard: Minimum 2.500m x 6.000m
- Guna Sama OBK: Minimum 3.500m x 6.000m .
- Bas: 3.000m x 12.000m (Bas mini: 3.000m x 7.500m)
- Lori: 3.000m x 6.000m (Kecil), 4.000m x 15.000m (Besar), 4.000m x 18.000m (Treler).
|
| Spesifikasi Pengasingan dan Keselamatan Kebakaran |
| Jarak Pengasingan Api (Luar Bangunan & Bumbung Terbuka |
- AC & DC: Jarak pengasingan minimum 2.500m pada kiri dan kanan EVCB. Boleh terdiri daripada laluan pejalan kaki, rizab jalan, dan penanaman perimeter (perimeter planting). Perletakan digalakkan secara berkelompok
|
| Jarak Pengasingan Api (Dalam Bangunan) |
- AC: Minimum 2.500m kiri dan kanan EVCB .
- DC (Keluasan > 216m²): Wajib bina dinding pengasing api (fire separating wall) minimum 1.500m tinggi dengan ketahanan api sekurang-kurangnya 2 jam
- DC (Keluasan < 216m²): Jarak pengasingan 5.000m pada kiri dan kanan atau dinding pengasing api 1.500m (ketahanan 2 jam).
|
| Jarak Dari Sumber Air Bomba |
- Dalam Bangunan & Bumbung Terbuka: Tidak melebihi 30m daripada landing valve untuk wet riser atau dry riser (bagi EVCB baharu AC & DC, dan sedia ada DC) .
- Luar Bangunan / R&R / Stesen Minyak: Tidak melebihi 90m dari pili bomba.
|
| Sistem Semburan Automatik / Pengesan Haba |
- DC (Aras Tanah ke Atas): Wajib ada sistem pengesan kebakaran jenis haba atau multi-sensor jika bangunan tiada sistem semburan automatik .
- DC (Aras Bawah Tanah 1-3): Wajib sediakan sistem semburan automatik, water mist system, deluge system, atau water monitor secara berterusan.
|
| Suis Pengasingan Elektrik Utama (Main Isolation Switch) |
- Wajib untuk kegunaan awam. Terletak sekurang-kurangnya 3.000m dan tidak lebih 15.000m dari EVCB/EVCP. Ketinggian 0.800m hingga 1.200m dari lantai dan dihubung dengan fireman switch. Jika jarak < 3.000m, suis tambahan pada jarak 3.000m – 15.000m wajib disediakan. Boleh dikongsi oleh beberapa EVCP
|
| Vehicle Fire Blanket (VFB) |
- Keperluan 1 hingga 10 unit EVCB memerlukan 1 unit VFB
- 11 hingga 20 EVCB: 2 unit VFB. Tambahan 1 VFB untuk setiap 10 EVCB seterusnya. Disimpan di Bilik Fire Command Center (FCC) atau pondok pengawal. Tiada keperluan VFB di luar bangunan/bumbung terbuka.
|
| Sistem Pembekalan Tenaga |
- Sumber bekalan tenaga mestilah menggunakan sambungan bekalan elektrik yang tetap dan stabil.
- Adalah disyorkan agar bekalan tenaga elektrik diintegrasikan dengan sistem tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.
|
| Stesen Minyak |
- Kedudukan EVCB mestilah sekurang-kurangnya:
- 12.000m dari refilling points dan vent pipe .
- 8.000m dari unit fuel dispenser .
- 6.000m dari kawasan letak lori tangki (designated oil tanker parking) .
- Tiada sambungan elektrik lain pada ketinggian 0.500m dari aras lantai di zon pengecasan
- Pemasangan Elektrik: Tidak dibenarkan terdapat sebarang sambungan atau pemasangan elektrik lain di dalam kawasan pengecasan EV yang berada pada jarak ketinggian 0.500m dari aras lantai .
- Bukaan Bangunan: Stesen pengecasan EV hendaklah tertutup sepenuhnya melainkan bukaan tersebut terletak sekurang-kurangnya 1.000m di atas paras lantai.
|
| Penandaan Keselamatan (Stesen Minyak & R&R) |
- Jarak pengasingan 2.500m di kiri dan kanan EVCB wajib ditandakan dengan lorekan (hatching) berwarna kuning dan dipasang dengan parking barrier untuk menghalang sebarang aktiviti
|