Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B9 · Pengangkutan, Infrastruktur & Utiliti

PU03-7 Loji Pengolahan Kumbahan

B9-92 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Keperluan Kawasan
  • Keperluan keluasan tanah bagi Loji Pengolahan Kumbahan (Sewage Treatment Plant, STP) adalah ditentukan berdasarkan jumlah penduduk setara (Population Equivalent, PE).
  • Terdapat beberapa pengelasan loji yang disediakan mengikut keperluan penduduk setara, iaitu:
  • Loji Kecil (rujuk Kelas 1 dan Kelas 2);
  • Loji Mekanikal (Mechanised) (rujuk Kelas 3 dan Kelas 4); dan
  • Keluasan kawasan yang dinyatakan bagi tujuan tapak Loji Pengolahan Kumbahan tidak termasuk kawasan zon penampan, yang hendaklah disediakan secara berasingan.
Keperluan Tapak Loji Rawatan Sisa Kumbahan
Kelas 1
  • Penduduk Setara / PE : 150 – 1,000PE
  • Keperluan Tanah : 283m² – 1,016m²
Kelas 2
  • Penduduk Setara / PE : 1,001 – 5,000PE
  • Keperluan Tanah : 963m² – 2,185m²
Kelas 3
  • Penduduk Setara / PE : 5,001 – 20,000PE
  • Keperluan Tanah : 0.246 – 0.955Hektar
Kelas 4
  • Penduduk Setara / PE : 20,001- 49,999PE
  • Keperluan Tanah : 0.836 – 1.560 Hektar
Kelas - (Melebihi 50,000PE)
  • Penduduk Setara / PE : Melebihi 50,000PE
  • Keperluan Tanah : Pengiraan keperluan luas tanah berdasarkan cadangan yang bersesuaian mengikut spesifikasi loji pengolahan kumbahan. Keperluan kajian lanjutan bagi penentuan tapak loji rawatan sisa kumbahan.
Tapak
  • Keluasan yang dinyatakan tidak temasuk zon penampan disekeliling tetapi telah merangkumi jarak anjakan bangunan dan laluan di dalam kawasan loji
Zon Penampan
  • Jadual dibawah merupakan zon penampan berdasarkan jenis pembangunan serta sistem loji rawatan sisa kumbahan yang digunapakai.
Zon Penampan Loji Rawatan Sisa Kumbahan
Loji Terbuka
Kediaman/Komersial Plot
  • 30.00m
Perindustrian
  • 20.00m
Loji Bawah Tanah (Buried and covered)
Kediaman dan Komersial
  • 20.00m
Loji Rawatan sisa kumbaahan jenis tertutup
Kediaman, komersial dan Perindustrian
  • 10.00m
Zon Penampan Sistem Pam Rangkaian Loji Rawatan (NPS)
NPS Bawah Tanah (Buried and covered)
Kediaman/Komersial Plot/ Perindustrian
  • 20.00m
NPS Jenis Tertutup
Kediaman/Komersial Plot/ Perindustrian
  • 10.00m
Kriteria Penentuan Lokasi Loji Pengolahan Kumbahan
  • Tambahan Perkara bagi kawasan Zon A : Dalam JS-SEZ
  • Satu Sistem Loji Rawatan Kumbahan Regional (RSTP) perlu disediakan bagi setiap kawasan tadahan di Zon A (JS-SEZ) atau kawasan berkepadatan tinggi.
  • Sistem ini hendaklah mengintegrasikan rangkaian paip pembetungan dan Sistem Rangkaian Pam (NPS) secara bersepadu.
  • Kawasan Tadahan (Catchment Area): Perancangan loji mestilah merangkumi keseluruhan kawasan tadahan, bukan hanya terhad kepada sempadan tanah pemaju sahaja.
  • Sistem Graviti & Tekanan: Menentukan spesifikasi material paip, kedalaman, dan kecerunan bagi memastikan aliran kumbahan lancar tanpa limpahan.
  • Penyambungan Masa Depan: Rangkaian paip harus direka bentuk dengan kapasiti yang mencukupi untuk menampung pembangunan masa hadapan di dalam kawasan tadahan yang sama.
  • Bagi kawasan berkepadatan tinggi atau topografi yang mencabar, NPS adalah kritikal:
  • Keperluan untuk menyediakan stesen pam perantara jika aliran graviti tidak dapat dicapai.
  • Mensyaratkan penggunaan sistem pemantauan jarak jauh (SCADA) atau sistem amaran awal sekiranya berlaku kegagalan pam untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.
  • Kriteria berikut hendaklah diambil kira dalam menentukan lokasi Loji Pengolahan Kumbahan:
  • Loji hendaklah ditempatkan sejauh yang munasabah daripada premis berpenghuni bagi mengurangkan gangguan bau, bunyi dan kesan operasi kepada kawasan sekitar.
  • Loji hendaklah ditempatkan di kawasan paling rendah dalam tadahan pembetungan bagi membolehkan aliran kumbahan ke loji berlaku secara graviti.
  • Loji hendaklah ditempatkan berhampiran dengan sumber air penerima yang sesuai bagi pelepasan efluen terawat tanpa menjejaskan fungsi dan kualiti kawasan hilir.
  • Loji hendaklah ditempatkan di kawasan yang rata atau mempunyai kecerunan minimum bagi membantu pengaliran kumbahan dan efluen secara semula jadi.
  • Bentuk dan konfigurasi tapak yang dipilih hendaklah mengoptimumkan penggunaan tanah serta meminimumkan kawasan yang tidak boleh digunakan.
  • Loji tidak dibenarkan ditempatkan di kawasan yang berpotensi menimbulkan masalah operasi jangka panjang atau mempercepatkan kemerosotan aset.
  • Loji hendaklah mempunyai akses jalan masuk yang sesuai dan selamat bagi tujuan operasi, penyelenggaraan dan kecemasan.
  • Loji hendaklah ditempatkan jauh daripada lokasi berikut:
  • Perkuburan sedia ada dan rizab perkuburan yang telah digazetkan;
  • Pusat keagamaan; dan
  • Premis makanan dan tempat makan.
  • Loji hendaklah ditempatkan di kawasan yang membolehkan paip pengolahan disambungkan atau disalurkan dengan mudah ke tapak cadangan.
  • Sekiranya loji sementara perlu disediakan, loji tersebut hendaklah ditempatkan berhampiran dengan paip pengolahan awam.
  • Sebagai langkah keselamatan, loji hendaklah ditempatkan jauh daripada padang permainan kanak-kanak.
Pengiraan Penduduk Setara (PE)
Kediaman
  • 4 PE setiap unit
  • 450kp : 2PE
  • <699kp : 3PE
Industri
  • 0.3 PE per pekerja
Institusi
Hospital
  • 5 PE setiap katil / 3PE per 100m²
Sekolah
  • 0.2 PE setiap pelajar / 1PE bagi pelajar menetap.
Rehab
  • 1 PE per katil
Rumah Pekerja
  • 1 PE per Katil
Masjid
  • 0.2 per orang
Hotel
  • 3 PE - 4PE per bilik
Pasar
Pasar Basah
  • 3 PE per gerai
Pasar Kering
  • 1 PE per gerai
Klinik
  • 3 PE per 100m²
Steen minyak
  • 25 PE per tandas
Gudang
  • 25 PE per tandas
Stadium
  • 0.2 PE per orang
Kompleks Sukan
  • 0.5 PE per orang
Tandas Awam
  • 15 PE per tandas
Tapak Khemah
  • 15 -25 PE per tandas
Tapak RV
  • 35 PE per tandas
Lapangan Terbang
  • 0.2 PE per Penumpang / 0.3PE per pekerja
Dobi
  • 10 PE per mesin basuh
Padang Golf
  • 25 PE per tandas
Lebuhraya (RnR)
  • 35 PE per Tandas
Lain-lain
  • 3 PE per 100m²
Pengurusan Air Terawat bagi pembangunan industri
  • Sistem rawatan efluen di kawasan perindustrian perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh SPAN dan JAS. (Memastikan kualiti air yang dirawat mematuhi Standard A atau Standard B di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. )
  • Industri wajib mengenal pasti jenis bahan cemar (chemical/organic) sebelum dialirkan ke sistem rawatan.
  • Rawatan Awal (Pre-treatment): Setiap unit industri perlu melakukan rawatan awal jika efluen mengandungi bahan kimia berbahaya sebelum dilepaskan ke sistem pembetungan utama.
  • Pemantauan secara berkala atau berterusan hendaklah dilaksanakan bagi memastikan pelepasan efluen sentiasa berada dalam tahap terkawal.
  • Protokol Pemantauan Berkala :
  • Pemantauan Dalaman (Internal Monitoring): Pemeriksaan harian terhadap parameter kritikal seperti pH, suhu, dan kadar alir.
  • Ujian Makmal (Sampling): Pengambilan sampel secara berkala (mingguan/bulanan) untuk dianalisis oleh makmal bertauliah bagi parameter BOD, COD, TSS, dan logam berat.
  • Sistem Pemantauan Berterusan (CEMS): Pemasangan alat sensor automatik untuk pemantauan masa nyata (real-time) bagi industri berisiko tinggi.
  • Kawalan Pelepasan & Pelan Kecemasan :
  • Integriti Pelepasan: Memastikan titik pelepasan akhir (final discharge point) sentiasa dalam keadaan baik dan boleh diakses oleh pegawai penguatkuasa.
  • Sistem Amaran Awal: Memasang sistem penggera sekiranya berlaku kegagalan fungsi loji bagi mengelakkan pelepasan sisa yang tidak dirawat ke punca air (sungai/parit).
  • Log Rekod: Menyimpan rekod pemantauan dan penyelenggaraan sekurang-kurangnya selama 3 tahun untuk tujuan audit oleh JAS atau SPAN.
  • Pengurusan enap cemar (sludge) yang dihasilkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.