Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B2 · Komersial

KS04 Kompleks Perniagaan

B2-26 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Saiz Tapak (Minimum)
  • 1 Ekar (0.4 hektar) bagi semua zon A kecuali zon A1, 0.5 ekar (0.2 hektar)

Nota: * Tertakluk kepada keperluan yang mencukupi bagi penyediaan anjakan bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta, kawasan plinth dan ketinggian bangunan.

  • 1.0 ekar (0.4 hektar)
Nisbah Plot
  • Tertakluk sebagaimana RT/ RKK
Kawasan Tepu Bina (Maksimum)
  • 60% daripada keluasan tapak pembangunan
Anjakan Bangunan
Hadapan
  • 12.192m (40’)
Sisi/Tepi
  • 6.096m (20’)
Belakang
  • 6.096m (20’)
Bawah Tanah (Basement)
  • 3.048m (10’)
Antara Bangunan
  • 12.192m (40’)
Antara Podium
  • 6.096m (20’)
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan/ Tempatan
  • 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu Penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan

Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’) - Sehala
Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 1 TLK 23.225mp (250kp)
  • Zon A1: 1 TLK / 46.451mp (500kp) ruang lantai kasar
Semua zon
  • Tambahan 20% petak TLK untuk pelawat dari jumlah keseluruhan
  • 1 TLK 23.225mp (250kp)
Semua zon
  • Tambahan 20% petak TLK untuk pelawat dari jumlah keseluruhan
TL Kereta EVCB
  • Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
  • Sekurang-kurangya 4% EVCB (Strata), 2% (Bukan Strata) perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 25 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 10 hingga 25 unit.
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
  • Majlis Perbandaran /Majlis Daerah
  • Sekurang-kurangya 2% EVCB perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 50 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 20 hingga 50 unit
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
TL Motorsikal
  • TLM - 20% daripada jumlah TLK
  • Digalakkan minimum 1 unit TL Motoriskal EVCB disediakan daripada bilangan TLM diperlukan
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK, diletakkan berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing
  • DigalakkanMinimum 1 unit TL EVCB untuk OBK perlu disediakan

Nota: * Keperluan EVCB merujuk kepada Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030

TL Lori
  • Minimum 10 petak disediakan secara berasingan daripada petak kereta pengunjung
Tempat Hentian Bas
  • Menyediakan Lay-By yang minimum memuatkan 1 buah bas dan 2 Teksi pada masa yang sama beeserta pembinaan tempat menunggu bas berbumbung lengkap dengan tempat duduk dan pencahayaan serta komponen bandar selamat
  • Berhampiran pintu masuk servis/pintu belakang premis
  • Tidak mengganggu pintu masuk utama
  • Tidak berada di Kawasan kecemasan dan laluan bomba
Tempat Menunggu Teksi/ E-Hailing
  • Menyediakan kawasan pick up dan drop off yang berasingan daripada pintu masuk utama
  • Panjang hentian mencukupi untuk sekurang kurangnya 5 kenderaan pada satu masa
  • Disediakan laluan pejalan kaki berbumbung ke pintu masuk
  • Dilengkapi papan tanda dan penandaan yang jelas
Zon Menunggu dan Mengambil Pesanan
  • Menyediakan minimum 10 petak Motorsikal lebar minimun 1meter dan laluan keluar masuk yang jelas
  • Dilengkapi papan tanda dan penandaan jalan yang jelas
Kemudahan Sokongan
Kemudahan OKU
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya dan Golongan Istimewa dan mematuhi Universal Design Guidelines.
Ruang Solat
  • Ruang solat berasingan lelaki dan perempuan dengan saiz minimum 6.096m x 6.096m (20’ x 20’) setiap satu
  • Lengkap dengan tempat berwuduk dan arah kiblat tidak menghadap pintu masuk
Kawasan Lapang dan Ruang Legar dalam Bangunan
  • Boleh digunakan sebagai kawasan pameran bermusim
  • Perlu menyediakan tempat duduk awam yang bersesuaian
  • Ruang untuk mesin perbankan ATM
Tandas Awam
  • Disediakan berasingan untuk lelaki, wanita dan golongan OKU
  • Tandas OKU hendaklah sentiasa dibuka untuk digunakan (tidak berkunci)
Ruang Memunggah
  • Minimum 4.0 m × 18.0 m (13’1” × 59’1”)
  • Rujuk GP Pengangkutan, Infrastruktur dan UtilitI: TLL 04
  • Perlu diletakkan di belakang bangunan
  • Perlu memisahkan antara barangan halal dan tidak halal
Fasiliti Mesra Bayi
  • Menyediakan bilik menyusu/ menyalin lampin bayi yang selamat, bersih dan selesa dengan persekitaran yang kondusif
Rumah Sampah
  • Rujuk GP Penstoran Sisa Pepejal Bagi Pembangunan Baharu 2022
  • Diletakkan di kawasan yang terlindung dari pandangan awam.
  • Dilandskapkan bagi menghindari bau
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pembangunan perlu mematuhi sebagaimana :
  • Polisi Pembangunan Hijau Johor, 2030
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui Prinsip CPTED
  • Peletakan pili bomba hendaklah memenuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kawasan hijau dan Jaluran hijau (perimeter planting)
  • 10% kawasan lapang berfungsi

Nota: * Menyediakan jaluran hijau selebar 10 kaki (3.048 meter) di keliling lot

Nota: * Jaluran tanaman tersebut hendaklah berfungsi sebagai zon landskap penampan dan boleh digabungkan dengan landskap kejur, lembut dan laluan pejalan kaki, perabot taman yang perlu diperincikan di dalam pelan landskap

Kawasan hijau dan Jaluran hijau (perimeter planting)
Atas Tanah
  • 3%
  • 7%
  • 7%
Agihan (bertingkat/atas podium)
  • 7%
  • 3%
  • 3%