Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B7 · Pembangunan Stratum (Bawah Tanah)

ST01 Pengangkutan Rel & Jalan Raya Bawah Tanah

B7-5

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Kriteria Penetapan Lokasi dan Perancangan Tapak
  • Perancangan Tapak Pembangunan hanya dibenarkan di kawasan yang diwartakan dalam Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT)
  • Fokus utama adalah di pusat bandar dan zon pembangunan transit untuk mengoptimumkan guna tanah.
  • Perancangan perlu memastikan kesesuaian (compatibility) antara aktiviti bawah tanah dengan struktur sedia ada di permukaan bagi mengelakkan konflik
Kemudahsampaian Pembangunan
  • Menyediakan empat jenis akses utama: kenderaan, pejalan kaki, penyelenggaraan, dan mencari serta menyelamat (SAR).
  • Akses kenderaan berat mesti diasingkan daripada kenderaan ringan.
  • Reka bentuk akses pejalan kaki perlu bersambung dengan pembangunan sekitar dan mempunyai nilai estetika sebagai mercu tanda.
Kedalaman Pembangunan
  • Penetapan kedalaman ditentukan oleh faktor geologi sub-permukaan dan kos pembangunan. Aktiviti dengan intensiti manusia yang tinggi (seperti komersial dan pejalan kaki) diletakkan di lapisan teratas (Lapisan A & B) , manakala infrastruktur dan utiliti berat diletakkan di lapisan yang lebih dalam (Lapisan C & D)
Reka Bentuk Struktur Sokongan dan Zon Perlindungan
  • Penyediaan zon perlindungan struktur (protection zone) berdasarkan kajian penyiasatan tapak (SI) yang terperinci.
  • Ini merangkumi reka bentuk struktur sokongan untuk kestabilan, serta zon perlindungan khas untuk keretapi (seperti MRT) dan terowong utiliti (seperti SMART) bagi melindungi struktur daripada gangguan aktiviti sekeliling.
Kajian Geologi dan Geoteknikal Tapak
  • Penilaian geologi komprehensif diperlukan untuk menentukan kebolehlaksanaan projek.
  • Kajian merangkumi kualiti batuan dasar, hidrogeologi, siasatan lubang gerudi dalam (deep borehole), siasatan geofizik, serta kajian geologi struktur dan bahaya seismik.
  • Berikut merupakan senarai kajian geologi dan geoteknikal; yang perlu dijalankan bagi pembangunan bawah tanah :-
  • Kajian Kualiti Batuan Dasar;
  • Kajian Hidrogeologi;
  • Kajian Kesesuaian Unit Tanah;
  • Kajian Sebaran Tekanan dan Kebolehcanggaan;
  • Kajian Kebolehkorekan/ Penggalian (Excavation);
  • Laporan Interpretatif Geoteknikal (Geoteknik);
  • Siasatan Geofizik;
  • Siasatan Lubang Gerimit Dalam (Deep Borehole);
  • Kajian Geologi Struktur dan Bahaya Seismik. Contoh model 3D lot bawah tanah yang diperoleh daripada data lubang gerudi (SI) dan kajian geofizik Sumber: Kajian GPP Pembangunan Tanah Bawah Tanah, PLANMalaysia (2018)
Pengurusan Sistem Keselamatan dan Kebakaran
  • Setiap pembangunan wajib menyediakan dokumen Fire Safety Design Philosophy (FSDP) yang diperakukan oleh pihak BOMBA. Sistem keselamatan mesti merangkumi CCTV, alat penggera, serta penderia oksigen dan suhu yang diintegrasikan terus kepada pihak berkuasa. Reka bentuk pasif (pembahagian petak api) dan aktif (alat pemadam api, hose reel) perlu disediakan. Contoh sistem kawalan keselamatan seperti CCTV, alat pemadam kebakaran, sistem penggera dan pengudaraan yang disediakan di dalam terowong jalan raya Sumber: GPP Pembangunan Tanah Bawah Tanah, PLANMalaysia (2018)
Reka Bentuk Pencegahan Banjir
  • Akses permukaan perlu dibina dengan ketinggian yang mengambil kira aras air pasang surut dan risiko banjir. Perancangan mesti melibatkan rekod analisis banjir, sistem amaran, dan pelan operasi kecemasan banjir.
Selesa dan Mampan (Pengudaraan, Cahaya & Telekomunikasi)
  • Mengutamakan sirkulasi pengudaraan efektif melalui sistem inlet dan outlet di permukaan. Penggunaan cahaya semulajadi diutamakan untuk menjimatkan tenaga. Sistem telekomunikasi dalam bangunan (IBC) perlu menepati spesifikasi MCMC bagi memastikan liputan data dan suara yang stabil.
Rekabentuk Sejagat
  • Pembangunan juga mesti menerapkan prinsip reka bentuk sejagat yang inklusif dan mesra pengguna bagi golongan OKU, warga emas, dan kanak-kanak.
Kemudahan Sokongan dan Navigasi
  • Menyediakan tempat letak kenderaan bagi kategori komersial, ruang awam dalaman dengan landskap, serta ruang khas pemunggahan barang yang tidak mengganggu trafik. Sistem navigasi arah (wayfinding) yang jelas dan mudah difahami perlu disediakan untuk kelancaran pergerakan pengguna
Geometri & Rekabentuk
Jalan Raya Bawah Tanah
  • Gradient (Kecerunan) : Maksimum 4% untuk jalan raya dan Minimum 0.1% untuk aliran air bagi mengelakkan mendapan sedimen.
  • Kedalaman : Minimum 20m dari permukaan (bergantung kepada kestabilan tanah/batuan).
  • Konfigurasi 4 Lorong Laluan Jalan Raya:
  • Lebar Lorong: 3.25m - 3.5m setiap satu.
  • Bahu Jalan (Shoulder): Minimum 0.5m di setiap sisi.
  • Headroom (Ketinggian) : Minimum 4.5m untuk kenderaan ringan dan ambulan.
  • Nota:
  • Rekabentuk akan disesuaikan mengikut spesifikasi teknikal daripada pihak JKR dan Garis Panduan Sistem Lebuh Raya Bertol (Design Standard) oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Rel Kereta Api
  • Konfigurasi Rel Kereta Api
  • Dwi-landasan menggunakan sistem trek papak (Slab Track) piawai. Dilengkapi alas trek dwi-blok, pad elastik, dan penurun getaran.
  • Bekalan kuasa melalui Sistem Kawat Talian Atas (Overhead Catenary System) pada siling terowong.
  • Nota:
  • Rekabentuk akan disesuaikan mengikut spesifikasi teknikal daripada pihak KTMB/Perbadangan Aset Kereta API (RAC).
Keselamatan Pengguna
  • Laluan Kecemasan : Tangga kecemasan (Escape shafts) setiap 250m ke permukaan atau dek selamat.
  • Laluan pejalan kaki keselamatan sisi (Side Emergency Walkway) dengan kelebaran minimum 1.2m di sepanjang terowong.
  • Sistem Pengudaraan : Kipas Jet Sumbu (Axial Jet Fans) untuk kawalan asap dan kualiti udara (CO/NO2).
  • Sistem Kebakaran : Pengesan haba linear (Gentian Optik) dan Sistem semburan air automatik (Water Mist/Sprinkler) & Pili Bomba.
  • Pintu Kedap Air : Pintu hidraulik automatik untuk mengasingkan dek jalan semasa banjir.
Kaedah Pembinaan
  • Kaedah Pengorekan terdiri daripada beberapa jenis iaitu :-
  • Slurry Shield TBM: Sesuai untuk tanah lembut/berair (mengelakkan mendapan permukaan).
  • Hard Rock TBM: Jika melalui kawasan batu kapur/granit.
  • Struktur Laping : Segmen konkrit pratuang (Pre-cast segments) dengan kedap getah (EPDM seals) bertekanan tinggi.
Kawalan & Pantau
  • Sistem SCADA : Integrasi penderia paras air, aliran trafik, dan kualiti udara dalam satu pusat kawalan.
  • Sistem AID : Automatic Incident Detection: Kamera CCTV AI untuk kesan kemalangan/kenderaan terhenti secara automatik.
  • Telekomunikasi : Sistem pengulang radio (REBRO) dan liputan selular 5G/4G di dalam terowong.
Rizab/Penampan bagi pembangunan di atas Terowong
  • Rizab Pertama (Diatas struktur terowong kereta api): Dilarang sebarang jenis kerja kejuruteraan. Ini adalah zon merah (kawasan paling kritikal).
  • Rizab Kedua (10meter bagi kiri dan kanan struktur terowong kereta api) : Kerja-kerja seperti penanaman cerucuk atau lubang siasatan tapak (borehole) dibenarkan, tetapi tertakluk kepada kelulusan ketat dan pematuhan peraturan. Syarat Bina Bangunan (Dalam Jarak 6 Meter)
  • Had tingkat: Maksimum 1 tingkat sahaja.
  • Tiada tingkat bawah tanah : Dilarang sama sekali membina tingkat bawah tanah.
  • Ketahanan Api: Bahan binaan mestilah tidak mudah terbakar dengan kadar ketahanan api sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Kelegaan: Mesti ada ruang kosong (kelegaan) sekurang-kurangnya 1 meter dari bahagian atas bumbung.
  • Zon Larangan (Zon A) : 0m - 15m dari struktur: Tiada bangunan, tiada cerucuk, tiada penggalian.
  • Zon Terkawal (Zon B) : 15m - 40m: Bangunan rendah/sederhana dibenarkan dengan analisis kesan beban (Impact Assessment).
  • Infrastruktur atas yang dibenarkan : Padang awam, jalan raya, atau landskap ringan adalah digalakkan.
Pencahayaan
  • Adaptif LED : Kecerahan berubah mengikut cahaya matahari di luar (mengelakkan kesan silau/gelap mengejut)
Ketahanan Bahan
  • Konkrit gred tinggi dengan salutan anti-hakisan (Anti-corrosive coating) untuk menahan aliran air deras
Sistem Amaran Awal
  • Pemasangan siren dan pembesar suara awam (Public Address) di sepanjang terowong