Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B8 · Pembangunan Persisiran Pantai

PP01-1 Perumahan

B8-7 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Densiti
Sesebuah/ Berkembar/ Teres
  • 12 unit/ ekar
  • 24 unit/ ekar
Pangsapuri/ Kondomium/ Rumah Bandar
  • 100 unit/ ekar

Nota: * Kepadatan tertakluk kepada RT/ RKK

Nota: * Semua jenis pembangunan tidak dibenarkan di pantai yang mempunyai hakisan kategori tahap 3 (kritikal)

  • 40 unit/ ekar
Kawasan Plinth
Pangsapuri/ Kondomium/ Rumah Bandar
  • Tidak melebihi 60% daripada keluasan tapak pembangunan
Ketinggian Bangunan
Sesebuah/ Berkembar/ Teres
  • Bagi kawasan dalam jarak 200m (656’) dari garis pantai, ketinggian bangunan tidak melebihi 3 tingkat.

Nota: * Ketinggian bangunan tertakluk kepada RT/ RKK kawasan yang melebihi 200m (656’) dari garis pantai.

Anjakan Pembangunan (Minimum)
  • Anjakan pembangunan di kawasan persisiran pantai hendaklah ditentukan berdasarkan jenis pantai bagi memastikan perlindungan zon pantai serta mengurangkan risiko hakisan dan impak terhadap alam sekitar.
Pantai Berpasir
  • 60m (197’) daripada paras purata air pasang perbani (Mean High Water Spring – MHWS).
Pantai Berlumpur
  • 4,304m (1,312’) daripada paras purata air pasang perbani (Mean High Water Spring – MHWS).
Pantai Berbatu/ Tebing Curam
  • 30m (98’) daripada paras purata air pasang perbani (Mean High Water Spring – MHWS).
  • Pembangunan dibenarkan di atas air dengan kawalan jarak di antara bangunan ke bangunan dan dibina di atas tiang dengan kawalan ketinggian dan kumbahan.
Rizab Pantai (Minimum)
Pantai Awam
  • Rujuk Ilustrasi Anjakan Bangunan di Pantai Berpasir dan Berbatu bagi Pantai Awam
  • Rizab pantai di pantai berpasir, pantai berbatu dan pantai berlumpur yang dikenal pasti sebagai pantai awam ialah 287 kaki dari paras purata air pasang perbani (Mean High Water Spring - MHWS) merangkumi:
Pantai Awam
Zon Pantai
  • 60.046m (197’)
Anjakan Bangunan
  • 6.096m (20’)
Laluan Siar Kaki
  • 6.096m (20’)
Jalan Perkhidmatan
  • 15.240m (50’)
Bukan Pantai Awam
  • Rujuk Ilustrasi Anjakan Bangunan di Pantai Berpasir dan Berbatu bagi Bukan Pantai Awam
  • Rizab pantai di pantai berpasir, pantai berbatu dan pantai berlumpur yang dikenal pasti sebagai pantai awam ialah 217 kaki dari paras purata air pasang perbani (Mean High Water Spring - MHWS) merangkumi:
Bukan Pantai Awam
Zon Pantai
  • 60.046m (197’)
Anjakan Bangunan
  • 6.096m (20’)
Jalan Perkhidmatan
Rizab Berpasir
  • 12.192m (40’) - Rujuk Ilustrasi Pembangunan yang Mempunyai Jalan Perkhidmatan di dalam Rizab Pantai Berpasir
Luar Rizab Pantai Berpasir
  • 15.240m (50’) - 18.288m (60’) - Rujuk Ilustrasi Pembangunan yang Mempunyai Jalan Perkhidmatan di Luar Rizab Pantai Berpasir

Nota: * Bangunan atau struktur pembinaan yang melintasi pantai hingga ke gigi air boleh dibenarkan dengan syarat tidak mengganggu laluan awam atau apa-apa infrastruktur/utiliti.

Laluan Awam
  • 6.096m (20’) - jarak maksimum 149.96m (492’) antara satu laluan awam dengan laluan awam yang lain.
Zon Penampan
  • Zon penampan antara sempadan paya bakau atau pesisiran pantai yang dikenal pasti sebagai kawasan pemeliharaan dengan sempadan pembangunan ialah 20.117m (66’) .
Kawalan Pembangunan
  • Menerapkan reka bentuk bangunan yang berdaya tahan dan bebas halangan.
  • Memastikan penggantian atau pemulihan kawasan hutan paya laut (offset biodiversiti) dilakukan sekiranya pembukaan kawasan tersebut tidak dapat dielakkan.
  • Mengenakan syarat-syarat yang ketat dan memastikan pelan pengurusan di kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSASPP) dipatuhi untuk menjamin pembangunan di kawasan ekosistem marin dilakukan secara mampan.

Nota: * Kawalan yang dinyatakan ini memberi tumpuan kepada aspek khusus pembangunan di kawasan persisiran pantai. Perincian piawaian pembangunan perumahan hendaklah dirujuk kepada komponen Perancangan Perumahan dalam Garis Panduan Perancangan Negeri Johor Edisi 2026.

Nota: * Hendaklah mengambil kira dan dirujuk bersama ketetapan dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara 2 (RFZPPN-2).