Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B2 · Komersial

KS25 Stesen Minyak

B2-116 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Lokasi Peletakan
  • Bagi permohonan Stesen Minyak yang melibatkan jalan JKR, stesen minyak TIDAK dibenarkan dibina sekiranya berada di:
  • Kawasan-kawasan rekreasi atau padang awam
  • Lokasi tapak dengan jarak kurang 150m dari mana-mana persimpangan, selekoh jalan sedia ada dan mengikut amalan kejuruteraan serta pertimbangan ke atas keselamatan jalan raya
  • Lokasi tapak dengan jarak kurang 250m dari mana-mana struktur jalan sedia ada mengikut amalan kejuruteraan serta pertimbangan terhadap keselamatan jalan raya
  • Bagi permohonan stesen minyak melibatkan jalan perkhidmatan/ PBT disyaratkan mempunyai jalan perkhidmatan di bawah selenggaraan PBT dan jalan keluar masuk perlu mematuhi jarak150m daripada persimpangan
  • Disyaratkan mempunyai jalan perkhidmatan di bawah selenggaraan PBT) dan jalan keluar masuk akan mematuhi jarak daripada persimpangan

Nota: * Perlu merujuk garis panduan pembangunan tepi jalan ATJ 3/2021

Saiz Lot (Minimum)
Tanpa Perkhidmatan
  • 0.50 ekar (0.20hektar) -100’ x 120’ (12,000kp)
Dengan Perkhidmatan
  • 1.0 ekar (0.4 hektar)
  • (1 perkhidmatan spt. Bengkel baiki kenderaan/ carwash/keda serbaneka/ fast food restaurant) ≥ 1.00 ekar semua perkhidmatan
Bilangan Tingkat
  • Tertakluk kepada RT/RKK
Anjakan Bangunan (Minimum)
Hadapan
  • 12.192m (40’)
Tepi
  • 12.192m (40’)
Sisi/Belakang
  • 6.096m (20’)
Penghadang Api
  • Ketinggian tembok penghadang minimum 2.44m (8’)
  • Dibina ditepi dan belakang bahagian lot bagi memenuhi syarat jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rizab Jalan (Minimum)
Jalan Perkhidmatan/ Tempatan
  • 15.240m (50’)/ 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan

Bukaan Laluan Keluar Masuk
  • 7.315m (24’) – bukaan keluar dan masuk (2 hala)
  • 6.096m (20’) – bukaan keluar dan masuk (1 hala)
Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’)
Potongan Sudut
  • 4.572m x 4.572m (15’ x 15’)
Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • 1 TLK bagi setiap 25mp ruang lantai kasar
  • TLK hendaklah disediakan sekiranya terdapat:
  • Kedai serbaneka
  • Restoran makanan segera;
  • Sekiranya disediakan mesin mencuci kenderaan automatik (automatic car wash), perlu disediakan ruang beratur tambahan untuk 3 kenderaan
  • Tempat letak kereta boleh disediakan di bahagian hadapan atau belakang bangunan dengan posisi yang selamat dan bersesuaian
TL Kereta EVCB
  • Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
  • Sekurang-kurangya 4% EVCB (Strata), 2% (Bukan Strata) perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 25 unit
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 10- 25 unit
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat

Nota: * Keperluan TL EVCB merujuk kepada Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030

  • Majlis Perbandaran /Majlis Daerah
  • Sekurang-kurangya 2% EVCB perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 50 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 20-50 unit
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK, diletakkan berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing
  • Digalakkan minimum 1 unit TL EVCB untuk OBK perlu disediakan
TL Motorsikal
  • 20% daripada jumlah keseluruhan TL kereta.
  • Digalakkan Minimum 1 unit TL Motorsikal EVCB perlu disediakan
Jaluran hijau (Perimeter Planting)
  • Menyediakan jaluran hijau selebar 1.524m (5’) keliling lot
Kemudahan Sokongan
Kemudahan OKU
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya
  • Mematuhi Reka Bentuk Sejagat (Universal Design), 2011
Ruang Solat
  • Ruang solat berasingan lelaki dan perempuan dengan saiz minimum 6.096m x 6.096m (20’ x 20’) setiap satu
  • Lengkap dengan tempat berwuduk dan arah kiblat tidak menghadap pintu masuk
Tandas Awam
  • Disediakan berasingan untuk lelaki, wanita dan golongan OKU
  • Tandas OKU hendaklah sentiasa dibuka untuk digunakan
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pembangunan perlu mematuhi sebagaimana :
  • Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui Prinsip CPTED

Nota: * Peletakan pili bomba hendaklah memenuhi keperluan jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia