Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B2 · Komersial

KS15 Hospital Swasta

B2-76 · Piawaian berbeza mengikut zon

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Saiz Lot (Minimum)
  • 1.0 ekar (0.4 hektar)
Nisbah Plot
  • Tertakluk kepada RT/ RKK
Kawasan Tepu Bina (Maksimum)
  • 60% daripada keluasan tapak pembangunan
Anjakan Bangunan
Hadapan
  • 12.192m (40’)
Tepi
  • 6.096m (20’)
Belakang
  • 6.096m (20’)
Rizab Jalan
Jalan Perkhidmatan/ Tempatan
  • 15.240m (50’)
  • 20.116m (66’)

Nota: * Pembangunan yang mempunyai rizab jalan 20.116m (66’) dan ke atas perlu penambahan penyediaan laluan utiliti 3.048m (10’) bagi setiap kiri dan kanan jalan

Laluan Keluar Masuk
  • 15.240m (50’)
Bukaan Laluan Keluar Masuk
  • 7.315m (24’) – bukaan keluar dan masuk (2 hala)
  • 6.096m (20’) - bukaan keluar dan masuk (1 hala)
Potongan Sudut
  • 4.572m x 4.572m (15’ x 15’)
Tempat Letak Kenderaan
TL Kereta
  • Kakitangan / Pentadbiran:
  • 1 petak TLK / 3 kakitangan (P&P)
  • 1 petak TLK / 1 kakitangan sokongan
  • Tambahan 20% petak TLK untuk pelawat dari jumlah keseluruhan TLK
  • Pesakit :
  • 1 petak TLK / 1 katil
  • Tambahan 20 % petak TLK untuk pelawat
  • Kawasan Kuarters :
  • 2 petak TLK / 1 unit kediaman
  • Tambahan 10% petak TLK untuk pelawat
TL Kereta EVCB
  • Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran
  • Sekurang-kurangya 4% EVCB (Strata), 2% (Bukan Strata) perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 25 unit
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 10-25 unit.
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
  • Majlis Perbandaran /Majlis Daerah
  • Sekurang-kurangya 2% EVCB perlu disediakan sekiranya keperluan penyediaan ruang letak kereta adalah melebihi 50 unit atau
  • Minimum satu EVCB perlu disediakan sekiranya penyediaan ruang letak kereta yang perlu disediakan adalah berjumlah antara 20-50 unit
  • Sekiranya hanya satu EVCB diperlukan, ianya harus terletak di kawasan letak kereta pelawat
TL Kereta OBK
  • Minimum 2 unit atau 2% daripada jumlah TLK, diletakkan berhampiran pintu masuk utama dengan kemudahan ramp dan railing
  • Digalakkan minimum 1 unit TL Kereta EVCB OBK perlu disediakan
TL Motorsikal
  • 20% daripada jumlah keseluruhan TLK kereta
  • Digalakkan minimum 1 unit TL Motorsikal EVCB perlu disediakan
TL Ambulans
  • Minimum 5 petak Tempat Letak Ambulans (1 di bahagian kecemasan)
Kemudahan Sokongan
Kemudahan OKU
  • Menyediakan kemudahan untuk Golongan Kurang Upaya
  • Mematuhi reka bentuk sejagat (Universal Design), 2011
Ruang solat
  • Ruang solat berasingan lelaki dan perempuan dengan saiz minimum 6.096m x 6.096m (20’ x 20’) setiap satu
  • Lengkap dengan tempat berwuduk dan arah kiblat tidak menghadap pintu masuk
Kemudahan sokongan lain
  • Kemudahan pesakit luar
  • Kemudahan pesakit dalam wad
  • Kemudahan diagnostik dan rawatan
  • Kemudahan sokongan perubatan
  • Kemudahan sokongan bukan perubatan
  • Ruang pejabat /pentadbiran
  • Pondok pengawal
  • Lobi pelawat
  • Kantin/Kafetaria
Kawasan hijau dan Jaluran hijau (Perimeter Planting)
  • 10% kawasan lapang berfungsi
  • Menyediakan jaluran hijau selebar 3.048m (10’) keliling lot

Nota: * Jaluran hijau tersebut meliputi tanaman pokok teduhan, landskap kejur, lembut, laluan pejalan kaki dan perabot jalan (street furniture) yang perlu diperincikan dalam pelan landskap

Lain-Lain Kawalan
  • Bangunan pejabat atau lot kedai tidak dibenarkan
  • Pertimbangan masih boleh diberikan bagi bangunan sedia ada yang mematuhi keperluan perundangan dan perlu menyatakan ketinggian siling, saiz lif, saiz dan lebar koridor tangga dan sebagainya (perlu mematuhi sepenuhnya Akta 586 dan Peraturan-peraturan [P.U. (A) 138/2006])
  • Feasibility study perlu dijalankan oleh pemohon yang ingin menubuhkan hospital swasta termasuklah jumlah kemudahan hospital (awam dan swasta) dan jangkaan populasi (tempoh 3 tahun akan datang) dalam lingkungan 30km daripada cadangan Lokasi
Kehijauan dan Keselamatan
  • Pembangunan perlu mematuhi sebagaimana :
  • Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030
  • GP Kejiranan Hijau, 2012
  • Penerapan elemen-elemen bandar selamat melalui Prinsip CPTED
  • Peletakan pili bomba hendaklah memenuhi keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia