Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B11 · Pertanian, Penternakan & Akuakultur

PA09 Akuakultur Darat

B11-33

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
Zon Guna Tanah
  • Zon Pertanian, Zon Badan Air (bekas lombong) dan Zon Akuakultur
Sistem Pemeliharaan
  • Pembangunan akuakultur berteknologi tinggi/konvensional
  • Sistem pemeliharaan terbuka seperti kolam, sangkar (terapung/tetap), tangki dan kepungan
  • Sistem pemeliharaan tertutup seperti bioflok atau RAS (recirculating aquaculture systems)
Jenis Pemeliharaan Akuakultur
  • Pemeliharaan ikan air tawar (ikan hiasan)
  • Pemeliharaan ikan air payau (muara sungai)
  • Pemeliharaan udang (udang laut, udang air tawar)
Kriteria Lokasi Perletakan dan Topografi
  • Berada di kawasan yang mempunyai sumber air yang bebas daripada pencemaran dan banjir
  • Tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan air (catchment area), hutan simpan dan empangan
  • Dibenarkan dalam kawasan bekas lombong dengan kawalan dan penguatkuasaan rapi
  • Perlu mendapatkan lesen/permit premis dari Jabatan Perikanan sebelum memulakan aktiviti akuakultur
Reka Bentuk Sangkar Akuakultur
Anjakan Akuakultur Berteknologi Tinggi
  • Antara bangunan dengan jalan: Minimum 9m (30’)
  • Antara bangunan dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
  • Antara bangunan dalam kawasan yang sama: Minimum 6m (20’)
Anjakan Akuakultur Konvensional
  • Antara bangunan dengan jalan: Minimum 9m (30’)
  • Antara bangunan dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
  • Antara kolam dengan sempadan kawasan: Minimum 6m (20’)
  • Antara bangunan dengan kolam: Minimum 3m (10’)
  • Antara kolam dengan kolam: Minimum 3m (10’)
Struktur Bangunan Lain-Lain
  • Bagi bangunan yang bersifat kekal selain seperti rumah pekerja, pusat pengumpulan dan pemprosesan, stor dan utiliti, perlu memohon Kebenaran Merancang dan perlu selaras dengan UKBS
Kemudahan Infrastruktur
  • Bekalan air
  • Bekalan elektrik
  • Sistem pengolahan sisa, rawatan air buangan dan kolam efluen
  • Pagar perimeter
Sistem Sirkulasi dan Tempat Letak Kenderaan (TLK)
Sistem Sirkulasi
  • Minimum 7m (24’) disediakan dari laluan utama ke kawasan tapak
  • Menggunakan batu gravel/bertar
TLK
  • Tertakluk keperluan PBT/agensi teknikal
Zon Penampan
Antara Kawasan Penempatan Utama
  • Minimum 12m (40’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke sempadan lot kawasan penempatan utama (perumahan, institusi, pendidikan, pelancongan, keagamaan, dan kesihatan)
Antara Lot Pertanian
  • Minimum 20m (66’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke lot pertanian
Antara Lot Persisiran Pantai dan Badan Air
  • Minimum 200m (656’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke lot pesisiran pantai
  • Minimum 15m (50’) dari garisan sempadan lot tapak akuakultur ke punca penerima badan air (sungai, parit, tasik, empangan)
Lain-Lain Kawalan
  • Kaedah teknikal akuakultur yang baik:
  • Semua air dari kolam ternakan perlu jauh dari water intake mengikut piawaian/garis panduan Jabatan Perikanan dan agensi terknikal berkaitan
  • Pengurusan efluen adalah secara Zero Discharge sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak Badan Kawal Selia Air (BAKAJ)
  • Takungan tadahan efluen hendaklah dibina daripada jenis konkrit bertetulang dan struktur penghalang bagi menghalang berlaku limpahan dan takungan pecah
  • Kolam rawatan disediakan mengikut saiz yang sama dengan kolam ternakan
  • Dua (2) alat pengukur kualiti air hendaklah dipasang di sungai/badan air dalam jarak 1km dari kawasan akuakultur dan diletakkan pada jarak 50m ke hulu dan hilir sungai dari lokasi pembangunan
  • Pengusaha digalakkan mendapatkan pensijilan MyGAP dari Jabatan Perikanan