Jata Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor PLANMalaysia, Perancangan Melangkaui Kelaziman
e-GPPNJ Garis Panduan Perancangan Negeri Johor · Edisi 2026
Konteks Lokasi Zon belum dipilih
Bahagian B · B10 · Alam Sekitar & Risiko Bencana

AS04-03 Sungai

B10-65

Zon
Aspek pembangunan A1A2A3B1B2
GARIS PANDUAN UMUM
Koridor Sungai
  • Tanah awam, tanah lapang dan tanah persendirian di luar kawasan rizab sungai (kelebaran dalam lingkungan 50m) berdasarkan perancangan Garis Panduan Konsep Pembangunan Berhadapan Sungai
Rizab Sungai
  • Benteng (ban), tebing dan dataran banjir di kedua-dua belah sungai yang diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN
Sungai / Lembangan Sungai
  • Aliran besar yang merupakan alur semulajadi bagi sesuatu lembangan sungai.
Keperluan Rizab Sungai Mengikut Lebar Sungai
Lebar Sungai >40m
  • 50m
Lebar Sungai 30-40m
  • 40m
Lebar Sungai 10-20m
  • 20m
Lebar Sungai 5-10m
  • 10m
Lebar Sungai <5m
  • 5m

Nota: Nota: Rizab sungai mengikut Warta Kerajaan Negeri Johor Bil. 1 2011

GARIS PANDUAN KHUSUS
Sungai
  • Tiada pembinaan struktur kekal di kawasan aliran sungai. Sebarang aktiviti seperti pengorekan pasir, pengambilan air sungai perlu mendapat kebenaran JPS.
  • Merancang dan mereka bentuk landskap di kawasan sungai yang telah mengalami masalah hakisan dan tepu bina.
  • Kawasan sungai dan persekitaran kawasan tadahannya perlu dikekalkan keadaan semula jadinya untuk memulihara kepentingan fungsi sungai.
  • Kepelbagaian biodiversiti dan ekologi di kawasan sungai dikekal dan dipulihara dengan tanaman asalnya.
  • Aliran semulajadi tidak boleh dialihkan /dilencongkan tanpa kebenaran JPS.
Rizab Sungai
  • Rizab sungai diperlukan mengikut kelebaran sungai. Tiada struktur binaan kekal/pembangunan secara besar-besaran dibenarkan kecuali aktiviti ekopelancongan berimpak rendah/ rekreasi air. Sebarang aktiviti yang bersifat sementara perlu mendapat kebenaran JPS.
  • Semua pokok dan tumbuhan harus dikekalkan dan sebarang penebangan atau pembersihan di sekitar kawasan tebing memerlukan kebenaran pihak berkaitan.
  • Pembinaan jeti/ landasan bot mestilah mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkaitan dan ditempatkan di lokasi yang tidak mengakibatkan hakisan tebing dan mendapan di sekitarnya.
  • Pembinaan jeti dan penebangan pokok dan tumbuhan dilarang di kawasan pemeliharaan habitat seperti tuntung kerana vegetasi di tebing sungai menjadi sumber makanan bagi tuntung.
  • Sebarang permohonan pembinaan restoran/ bangunan terapung hendaklah mendapat ulasan dan pandangan daripada pihak-pihak berkaitan
SUNGAI
Sungai
Tahap Kesensitifan
  • Tahap Kesensitifan 2
Aktiviti dibenarkan
  • Aktiviti rekreasi air
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Jeti
  • Restoran /bangunan terapung
  • Pelepasan air kumbahan terawat mematuhi standard A SPAN
Syarat
  • Tidak mengakibatkan masalah hakisan dan mendapan.
  • Memerlukan kelulusan Jabatan berkaitan.
  • Dilarang di kawasan rizab / santuari hidupan liar seperti tuntung dan kelah.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pelepasan air kumbahan tanpa rawatan
Rizab Sungai
Tahap Kesensitifan
  • Tahap Kesensitifan 2
Aktiviti dibenarkan
  • Kawasan rizab tumbuhan semula jadi dan elemen sungai
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Rekreasi dan riadah
Syarat
  • Pembangunan berimpak rendah dan pembinaan boardwalk digalakkan.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembalakan
  • Penebangan dan pembersihan kawasan
  • Bangunan kekal
Koridor Sungai
Tahap Kesensitifan
  • Tahap Kesensitifan 3
Aktiviti dibenarkan
  • Tumbuhan dan elemen semula jadi
  • Kawasan riadah dan rekreasi
  • Aktiviti eko pelancongan
Aktiviti dibenarkan dengan syarat
Aktiviti
  • Laluan keluar dan masuk kenderaan ringan
Syarat
  • Laluan 6m dibenarkan sahaja.
Aktiviti tidak dibenarkan
  • Pembalakan
  • Penebangan dan pembersihan kawasan
  • Bangunan kekal
Catatan/ Garis Panduan
  • GPP Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam oleh PLANMalaysia
  • GPP Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, JPS
  • GP Kementeriaan Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk Pengurusan Biodiversiti:
  • Managing Biodiversity in the Riparian Zone – Guidelines for Planners, Decision-Makers & Practitioners
Nota (Tahap kesensitifan)
  • KSAS Tahap 1 : Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti ekopelancongan, penyelidikan dan Pendidikan
  • KSAS Tahap 2 : Tiada pembangunan atau pertanian dibenarkan. Pembalakan secara mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
  • KSAS Tahap 3 : Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.